Elemen WebView berfungsi membenarkan aplikasi anda memaparkan kandungan web, tanpa perlu memanggil pelajar Internet lain. Walau fungsinya agak terhad, WebView memberikan kemudahan kepada pengguna aplikasi.

Mereka tidak perlu berpindah dari aplikasi anda ke pelayar dan sebaliknya apabila ingin melihat kandungan maklumat web seperti video Youtube. Selain kandungan web, library ini juga digunakan dengan meluas dalam kerangka aplikasi hybrid seperti Ionic.

Tanpa membuang masa, mari kita teruskan dengan latihan minggu ini.

LATIHAN

LANGKAH 1: Buka aplikasi Android Studio dan pilih Start a new Android Studio project, kemudian namakan projek anda sebagai myBrowser

LANGKAH 2: Pilih Empty Activity sebagai template projek kali ini.

LANGKAH 3: Tuliskan kod atur cara berikut di dalam fail MainActivity.java.

LANGKAH 4: Tulis kod atur cara berikut dalam fail activity_main.xml

LANGKAH 5: Tambahkan dua permission di dalam AndroidManifest.xml

LANGKAH 6: Sambungkan telefon Android anda kepada komputer dan klik butang Run berwarna hijau di Android Studio untuk melihat hasil kerja anda pada peranti Android

SEMAKAN

Dalam projek tadi, kita telah diperkenal dengan kelas baru WebView.

Berbeza dengan latihan terdahulu, paparan aplikasi pada skrin telefon anda boleh dihubungkan terus kepada WebView dengan tetapan setContentView(webView).

Bagi semakan talian Internet pula, kita telah diperkenal dengan kelas baru ConnectivityManager dan NetworkInfo.

Bagi mengaktifkan ketiga-tiga kelas tadi, dua elemen <uses-permission> perlu ditambah ke dalam fail AndroidMainfest.

SOALAN

SEBELUM ruangan minggu ini ditamatkan, anda perlu menyelesaikan beberapa soalan latihan.

1. Ganti Log.d kepada Toast untuk semakan talian Internet

2. Tambah header pada paparan aplikasi

3. Tambah EditText dan Button sebelum WebView

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan, sila tinggalkan komen anda di www.farizgaskin.com dan kami akan cuba jawab sepantas mungkin. Sehingga bertemu lagi dalam ruangan yang sama minggu hadapan, selamat mencuba!