SalamWeb yang dibangunkan oleh Salam Web Technologies MY Sdn. Bhd., merupakan perkhidmatan internet pertama patuh syariah di dunia serta diiktiraf oleh Lembaga Penyeliaan Syariah Ama­nie dan Miyar Ekonomi Digital Islam, Perbadanan Eko­nomi Digital Malaysia (MDEC).

Pelbagai rangkaian perkhidmatan internet disediakan kepada pengguna seperti SalamWeb

HASNI ZARINA MOHAMED KHAN
HASNI ZARINA MOHAMED KHAN 

Browser, Salam News, Salam Chat dan Salam Sadaqah yang dilengkapi persekitaran dalam talian yang bebas dan selamat.

Pengarah Urusan syarikat itu, Hasni Zarina Mohamed Khan berkata, ciri penting yang terdapat pada platform pelayaran internet itu adalah Salam Protect yang menapis kandungan tidak bersesuaian kepada pengguna ketika melayari internet.

“Salam Protect akan mengingatkan pengguna pada kandu­ngan yang tidak sesuai. Ini termasuk kandungan yang berunsurkan pornografi, penipuan atau menyakitkan hati. Menerusi sistem itu juga, pengguna boleh menyuruh Salam Tag ke laman web sesuai, neutral atau tidak sesuai,” katanya di sini hari ini.