Sebenarnya, dia juga menempah mesin kedua iaitu mesin memotong coklat.

Berikutan ZDA sangat terkenal dengan mesin yang berkaitan dengan makanan, maka syarikat berkenaan sering menjadi pilihan pengusaha tempatan untuk menempah mesin bagi memudahkan kerja pengusaha.

“Saya yakin dengan semua mesin keluaran ZDA yang berkualiti dan boleh digunakan untuk jangka masa yang lama. Jadi, kos pembelian mesin tidak perlu dikira untuk setiap tahun,” ujar Zahanim.

Sebelum ini, Zahanim dan pekerjanya memotong coklat dengan pisau secara manual menggunakan tangan. Ia mengambil masa yang lama untuk menyiapkan pemotongan coklat tersebut.

Mereka terpaksa mengambil masa dari pagi sehingga lewat petang untuk menyiapkan kesemuanya.

“Saya terpaksa menempah pisau daripada tukang kayu di kawasan kampung bagi memperoleh mata pisau yang sesuai untuk memotong coklat. Semakin hari permintaan coklat meningkat dan kami tidak ‘menang tangan’ untuk memotongnya secara manual,” ujarmya.

Coklat yang membawa jenama Chocotainer ini mempunyai tiga perisa iaitu coklat dan kacang, coklat dan kelapa serta coklat dan buah-buahan.

Walaupun mempunyai tiga bahan yang berbeza, mesin memotong coklat keluaran ZDA ini mampu memotong kesemuanya tanpa mengira bahan yang digunakan kerana mata pisau dibuat khas untuk memotong coklat tersebut.

Selain itu, ukuran pemotongan coklat dibuat mengikut ukuran yang diminta oleh pengusaha sendiri.

Mata pisau akan dipasang pada struktur mesin pemotong tersebut.

Zahanim berkata, sekarang dia mampu menghasilkan 100 kotak coklat dalam masa satu jam berbanding sebelum ini hanya mampu menghasilkan 40 kotak.

“Secara tidak langsung saya dapat mengeluarkan beratus kotak coklat dalam satu hari. Jika terdapat tempahan yang lebih pada sesuatu hari untuk sebarang majlis, saya dan pekerja tidak mempunyai sebarang masalah untuk menyiapkannya. Ada kalanya kami dapat menyiapkan hampir 1,000 kotak coklat dalam sehari,” ujarnya lagi.

Zahanim berkata, kerja-kerja memotong coklat menggunakan mesin dapat menjimatkan masa di samping mengurangkan penat pekerja.

Dia sangat berpuas hati dengan mesin ini dan bercadang menempah mesin menekan coklat bagi memampatkan coklat dan kelapa.

“Saya juga sangat suka dengan mesin ini kerana senang dikendalikan dan mudah untuk dibersihkan,” ujarnya.