Salah satu aspek utama dalam pengaturcaraan adalah memanipulasi nilai bernombor.

Tidak kira sama bilangan pengguna, taburan hujan atau kadar kemiskinan, setiap data tersebut boleh diolah ke dalam bentuk paparan berbeza sama ada dalam jadual atau graf.

Semakan

Pada latihan minggu ini kita telah mempelajari konsep penomboran serta empat fungsi matematik yang sering digunakan dalam sesebuah aplikasi iaitu cmp(), round(), pow() dan shuffle().

Setiap fungsi hanya memerlukan pengatur cara memasukkan dua nilai sahaja tanpa menambah kod aturcara pengiraan tambahan.

Soalan

Sebelum ruangan minggu ini ditamatkan, anda perlu menyelesaikan beberapa soalan latihan.

1.Berikan dua nilai negatif kepada cmp().

2.Berikan nilai kedua dalam jumlat tinggi kepada pow().

3.Ubah nilai dalam list pada shuffle() kepada nilai anda sendiri.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan, sila tinggalkan komen anda di www.farizgaskin.com dan kami akan cuba jawab sepantas mungkin. Sehingga bertemu lagi dalam ruangan yang sama minggu hadapan, selamat mencuba!