Bermula 2017, Python diperkenalkan di sekolah menengah sebagai langkah mempersiapkan pelajar untuk alam pekerjaan. Keputusan ini diambil oleh kerajaan agar pelajar bebas mengambil kursus pilihan mereka di universiti berbanding meletakkan sebahagian besar pelajar ke dalam kursus Sains Komputer sekitar 20 tahun lalu.

Antara sebab kenapa Python dipilih sebagai atur cara pengenalan kepada pengguna baru ialah bahasa ini diterima oleh pelbagai peranti seperti komputer dan telefon pintar. Python juga boleh ditulis untuk membina laman web, aplikasi telefon serta permainan video mudah alih. Python juga diproses secara masa nyata tanpa kebergantungan kepada compiler, sama seperti Php dan Perl. Pada masa kini, Python juga dipilih sebagai bahasa pengaturcaraan utama untuk crypto currency, data raya (big data) serta kepintaran buatan (AI).