Prihatin dengan keadaan ini, Zull Design Autotronic (ZDA) menyediakan pelbagai kemudahan alat bantuan yang mesra OKU. Justeru itu, setiap rekaan yang dihasilkan ZDA mempunyai spesifikasi istimewa mengikut keperluan dan permasalahan pengguna.

Alat bantuan tandas ini memudahkan OKU untuk duduk dan bangun sendiri ketika menggunakan tandas. Ini kerana, tempat duduknya boleh dinaikkan dan diturunkan dengan menggunakan alat kawalan khas.

Pengguna hanya perlu berpegang pada tempat letak tangan dan mesin tersebut akan membantunya duduk secara perlahan-lahan bagi mengelakkan daripada tergelincir.

Seterusnya, alat bantuan ini juga memudahkan OKU untuk duduk semula di kerusi roda tanpa bantuan penjaga.

Hal ini disebabkan oleh bahagian pemegang tangannya yang boleh ditolak ke atas bagi memudahkan OKU keluar dari tempat duduk tandas untuk duduk semula di kerusi roda.

Di samping itu, alat bantuan ini bukan sahaja boleh digunakan di tandas tetapi juga boleh digunakan di tempat lain. Hal ini adalah ia kerana mempunyai roda dan sistem kekunci roda.

Malahan pengguna juga boleh menukar roda kepada tapak statik dengan beberapa langkah mudah.

Malahan, alat bantuan ini stabil untuk digunakan di tandas duduk kerana pengguna boleh memasang skru untuk menggabungkan alat ini dengan tandas duduk. Ia untuk mengelakkan pengguna daripada terjatuh semasa menggunakannya.

Selain itu, pengguna juga boleh menggunakan alat bantuan ini di dalam bilik air. Ini kerana, alat bantuan ini mempunyai penyangkut baldi di bahagian bawah.

Oleh itu, mereka boleh mengutip pakaian kotor dan memasukkan ke dalam mesin basuh. Setelah selesai menggunakannya, baldi tersebut boleh dikeluarkan kemudian dibersihkan.

Dalam masa sama, alat ini juga selamat digunakan kerana mempunyai tahap ketahanan yang yang kukuh pada tiangnya.

Oleh itu, pengguna tidak perlu bimbang dengan tahap ketahanan dan kekuatan alat ini kerana jika digunakan dengan kaedah yang betul, ia tidak akan mencederakan OKU.

Pihak ZDA sangat memberi sokongan moral dan ciptaan baharu terhadap golongan OKU untuk berdikari dalam menjalani aktiviti harian. Oleh itu, kami berusaha membantu golongan ini dalam menghasilkan setiap rekaan mesin yang istimewa mengikut kesesuaian penggunanya.

Kami sangat berbesar hati jika dapat bersama-sama membantu anda mereka cipta alat bantuan untuk orang yang anda sayangi.

JIKA ada sebarang pertanyaan dan tempahan atau maklumat lebih lanjut. Hubungi Zull Design Autotronic (ZDA) 
Hari: Isnin – Jumaat. Masa: Pukul 8.30 pagi hingga 5 petang (waktu pejabat sahaja) Talian: 03-6092 1928, 012-733 2066, faksimile 03-6091 4000. E-mel: [email protected] atau layari laman web ZDA iaitu www.zulldesign.com.my laman Facebook kami https://www.facebook.com/zulldesign.autotronic dan YouTube channel kami zulldesign11.

SPESIFIKASI ALAT BANTUAN

Bahan: Aluminium atau keluli tahan karat
Kawalan: Automatik atau separuh automatik
Aksesori: Tapak tetap atau roda

  • Spesifikasi boleh ditentukan oleh pelanggan.