Proses membuat keputusan dalam sesebuah aplikasi memerlukan pengatur cara untuk menetapkan beberapa syarat yang akan diteliti atau diuji apabila ekspresi atau input diterima.

Kondisi syarat tersebut perlu disekalikan dengan penyataan yang akan dilaksanakan sama ada keputusan ujian kondisi menjadi True atau False.

Semakan

Menerusi latihan tadi, kita telah pelajari tiga kondisi syarat dalam Arduino iaitu if, if..else dan case..switch. If merupakan kondisi paling ringkas dan boleh dipadankan dengan else untuk menerima lebih dari dua kebarangkalian.

Namun, switch lebih sesuai digunakan jika kebarangkalian ekspresi input adalah lebih dari tiga.

Soalan

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan, sila tinggalkan komen di www.farizgaskin.com dan kami akan cuba jawab sepantas mungkin.

Sehingga bertemu lagi dalam ruangan yang sama minggu hadapan, selamat mencuba!