Waze

Sebenarnya aplikasi tersebut lebih daripada sekadar pemandu arah destinasi yang dipasang pada telefon pintar.

Sebagai contoh, aplikasi tersebut baru-baru ini memperkenal satu sistem lagi memastikan pemanduan yang lebih lancar di Selangor.

Aplikasi tersebut membantu kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor bagi menggalakkkan pengguna jalan raya memanfaatkan kerjasama antara Waze dan Kerajaan Negeri Selangor agar masalah lubang-lubang jalan dapat ditangani dengan lebih cekap dan pantas.

Memetik kata-kata Pengurus Negara bagi Waze Malaysia, Edward Ling, inisiatif ini dapat membantu pemandu di Selangor untuk melaporkan lubang-lubang jalan terus kepada pihak berkuasa dengan mudah dan cekap, dan lubang-lubang tersebut dapat ditampal secepat mungkin.

“Waze sentiasa mengambil berat tentang komuniti kami.

“Anggota-anggota komunitiIah yang sentiasa berkongsi data trafik masa nyata dan makluman lain yang berkaitan bagi membantu memastikan perjalanan yang lebih lancar.

“Kami berharap agensi-agensi kerajaan menerima pakai dan bekerjasama dengan Waze melalui program pertukaran data yang percuma ini,” tambah Edward.

Dalam pada itu, menurut Unit Penghantaran Smart Selangor (SSDU), inisiatif ini meliputi kesemua PBT Negeri Selangor, iaitu Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) dan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS).

Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ), Majlis Perbandaran Klang (MPK), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Walau bagaimanapun, beberapa jalan raya di Selangor merupakan milik persendirian atau diurus 
oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), pejabat daerah atau pejabat tanah, atau Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) secara berasingan.

Timbalan Pengarah SSDU, Dr. Fahmi Ngah berkata, dari Januari hingga November tahun lalu, Kerajaan Negeri Selangor telah menerima lebih daripada 19,000 laporan daripada pengguna Waze, dan telah menampal hampir kesemua lubang jalan di jalan raya yang dikendali oleh pihak berkuasa tempatan.

“Kerjasama antara kerajaan dan rakyat ini menunjukkan kesan yang nyata, dan kami berharap rakyat Selangor akan terus membantu kerajaan dalam mengesan lubang jalan melalui aplikasi Waze,’’ ujarnya.

Untuk mak lumat lanjut, sila layari www.waze.com.