Persidangan yang diadakan di Hotel Double Tree by Hilton itu dihadiri lebih daripada 150 peserta dari 16 negara antarabangsa.

Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Dr. Ir. Wahid Omar berkata, fokus utama persidangan itu untuk mengenal pasti potensi dan kegunaan pelbagai jenis teknologi cerapan bumi terhadap alam sekitar.

“Persidangan ini merupakan inisiatif saintifik oleh Southeast Asia Research Institute (SARI) dengan kerjasama National Aeronautics and Space Administration (NASA) serta UTM.

“Penganjuran ini dilihat tepat pada masanya memandang kawasan Asia Selatan dan Asia Tenggara kini mengalami perubahan alam sekitar yang drastik hasil daripada aktiviti ekonomi dan pembangunan,” katanya ketika berucap dalam persidangan tersebut, di sini sebentar tadi.

Antara negara antarabangsa terlibat termasuk dari Jepun, Amerika Syarikat, Perancis, India, China, Indonesia, Filipina serta Thailand. -UTUSAN ONLINE