Telefon bimbit berkamera pertama telah dicipta oleh Sharp pada November 2000. Semenjak itu, peranti kamera telah menjadi satu komponen wajib pada setiap telefon bimbit dan telefon pintar. Pengguna tidak perlu lagi membeli dua peranti berbeza untuk berkomunikasi dan mengambil gambar.

Bermula dengan sistem pengoperasian iPhone OS, pengatur cara diberi kuasa mengawal peranti kamera pada telefon pintar. Kebebasan tersebut digunakan dengan maksimum sehingga terciptanya aplikasi popular seperti Instagram, B612, FaceSwap dan sebagainya. Steve Jobs tahu bahawa manusia suka bergambar dan berkongsi dengan rakan dan taulan.

Tanpa membuang masa, mari kita teruskan dengan latihan minggu ini.

Semakan

Dalam latihan kali ini, kita telah memanggil peranti kamera yang terdapat pada telefon pintar untuk mengambil gambar. Apabila butang ditekan, kelas Camera () dipanggil untuk mengambil gambar menggunakan fungsi take Picture ().

Gambar yang telah dirakam kemudian disimpan ke dalam objek picture. Selain gambar, kelas Camera () juga boleh diguna untuk mengambil video menggunakan subkelas dan objek yang sama.

Oleh itu, pengatur cara tidak perlu menulis kod atur cara berbeza untuk mengambil gambar mahupun video.

Soalan

Sebelum ruangan minggu ini ditamatkan, anda perlu menyelesaikan beberapa soalan latihan.

1. Ubah lokasi imej disimpan dari lokasi Internal kepada External

2. Ubah kualiti imej yang dirakam

3. Ubah fungsi dari merakam gambar kepada merakam video

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan, sila tinggalkan komen anda di www.farizgaskin.com dan kami akan cuba jawab sepantas mungkin. Sehingga bertemu lagi dalam ruangan yang sama minggu hadapan, selamat mencuba!