Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Jawapan kepada peminat swafoto

Sains dan teknologi Vivo V5
Sains dan teknologi Vivo V5

Tersedia kini dalam warna Matte Black, Vivo V5s merupakan telefon pintar yang dihasilkan khas untuk rakaman imej swafoto terbaik.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia, Mike Xu, pelaburan besar dalam proses penyelidikan dan pembangunan (R&D), inovasi, dan kempen pemasaran tempatan membolehkan Vivo mencatatkan rekod jualan yang terbaik.

“Kini Vivo mencatatkan 12 peratus dalam agihan pasaran dan merupakan tangga keempat syarikat telefon pintar dalam negara yang memiliki kadar peningkatkan jualan tahun ke tahun. Kami memfokuskan kepada golongan yang gemarkan aktiviti swafoto dan siri V5 ini dilengkapi bersama kamera hadapan setinggi 20 megapiksel (MP),” katanya.

Vivo V5s menerima sambutan yang positif daripada pengguna, sekali gus merupakan antara faktor peningkatan kadar jualan telefon pintar tersebut.

Kamera hadapan yang dilengkapi bersama penderia IMX376 dan kadar bukaan f/2.0 menjadikan imej yang dirakam lebih jelas dan terang.

Peranti baharu Vivo V5s itu juga memiliki tiga ciri baharu iaitu menggilap (buffing), pemutihan (whitening), tona kulit (skin tone) dan kecantikan wajah (face beauty).

Aplikasi Face Beauty 6.0 telah dipertingkat bersama ciri-ciri yang bersesuaian dengan keadaan kulit dan bentuk wajah anda.

Telefon pintar itu juga dilengkapi bersama teknologi pemfokusan automatik (Phase Detection Auto Focus) dan lampu denyar diod pemancar cahaya (LED).

Untuk memudahkan rakaman dan ulang tayang imej yang dirakam, Vivo V5s turut dilengkapkan bersama paparan 5.5 inci, resolusi definisi tinggi (HD).

Paparan tersebut dilapisi Corning Gorilla Glass sebagai perlindungan utama.

Dijual pada kadar harga yang berpatutan Vivo V5s merupakan peneman terbaik buat mereka yang gemar swafoto bersama rakan-rakan, keluarga mahupun sendirian.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web Vivo di http://www.vivo.my atau www.facebook.com/vivoMobileMalaysia.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain