Salah satu kriteria penting sesebuah aplikasi ialah kebolehan menghantar dan menerima data. Tanpa kemampuan mengurus dan mentadbir maklumat, aplikasi anda akan hanya bersifat sehala.

Dalam Android, keperluan menghantar data ini diuruskan oleh library Intent dengan sokongan library Bundle. Data yang dikumpul oleh Bundle akan dipindahkan dari satu aktiviti ke aktiviti yang lain menggunakan method putExtra ().

Tanpa membuang masa, mari kita teruskan dengan latihan minggu ini.

1
2
3
4

Semakan

Pada projek tadi, kita telah diperkenal dengan kelas baru Intent. Menerusi kelas ini, data boleh dihantar dari satu aktiviti ke aktiviti lain melalui subkelas putExtra().

Menerusi gandingan bersama kelas Bundle (), maklumat yang dipegang oleh Main Activity dikumpulkan ke dalam kelas ini.

Apabila tiba ke destinasinya iaitu fail Second Activity, kelas Intent bersama subkelas getIntent digunakan untuk menyambut maklumat yang dibawa oleh Bundle ().

Akhir sekali, maklumat tadi dipaparkan oleh elemen XML <TextView>.

Soalan

Sebelum ruangan minggu ini ditamatkan, anda perlu menyelesaikan beberapa soalan latihan.

1. Tambah input kedua pada MainActivity

2. Hantar data pertama dan kedua kepada Second Activity

3. Papar data dalam Second Activity menggunakan ListView.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan, sila tinggalkan komen anda di www.farizgaskin.com dan kami akan cuba jawab sepantas mungkin. Sehingga bertemu lagi dalam ruangan yang sama minggu hadapan, selamat mencuba!