Ketika mengatur cara, akan tiba saatnya anda perlu laksanakan sesuatu arahan berulang kali. Dalam situasi sebegini, adalah lebih baik menulis kod dalam gelung bagi mengurangkan jumlah baris kod atur cara.

Semakan

Menerusi latihan kali ini, kita telah mencuba tiga jenis gelung berbeza yang disediakan dalam JavaScript. Namun, kebanyakan pengatur cara lebih gemar menggunakan gelung for kerana lebih ringkas dan stabil apabila menguruskan gelung dalam jumlah besar.

Soalan

Sebelum ruangan minggu ini ditamatkan, anda perlu menyelesaikan beberapa soalan latihan:

  • Ubah nilai gelung while kepada 10
  • Ubah syarat do..while kepada (count < 1)
  • Ubah nilai gelung for kepada 100

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan, sila tinggalkan komen anda di www.farizgaskin.com dan kami akan cuba jawab sepantas mungkin. Sehingga bertemu lagi dalam ruangan yang sama minggu hadapan, selamat mencuba!