Apabila pengguna berinteraksi dengan laman web anda dalam bentuk pergerakan atau ketikan tetikus, ia menghasilkan tindak balas yang digelar Event. Setiap Event perlu diuruskan supaya aktiviti timbal balas dapat dilaksanakan. Konsep ini dinamakan sebagai Event Binding.

Semakan

Melalui latihan tadi, kita telah diperkenalkan dengan konsep Event Binding dalam Angular. Menggunakan dropdown senarai bulan dalam tahun sebagai penentu syarat, kita berupaya mengubah teks yang dipapar elemen <span> secara masa nyata.

Walau hampir sama dengan Data Binding, konsep Event Binding sebenarnya digunakan untuk menangkap tindak balas pengguna agar aktiviti timbal-balas dapat dilaksanakan dengan pantas.

Soalan

Sebelum ruangan minggu ini ditamatkan, anda perlu menyelesaikan beberapa soalan latihan.

1. Masukkan nama bulan pada mesej alert().

2. Tambah dua lagi senarai untuk hari dan tahun.

3. Gabungkan paparan bulan, hari dan tahun pada alert().

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan, sila tinggalkan komen di www.farizgaskin.com dan kami akan cuba jawab sepantas mungkin.

Sehingga bertemu lagi dalam ruangan yang sama minggu hadapan, selamat mencuba!