Pemain-pemain utama gajet pintar mula sedar akan potensi trend tersebut dan mula membina aplikasi bagi menyokongnya.

Antaranya adalah aplikasi Samsung Pay yang diperkenalkan oleh Samsung yang begitu mudah untuk digunakan.

Samsung Pay turut disokong oleh syarikat-syarikat perbankan di Malaysia antaranya adalah Citibank Berhad.

Menurut Ketua Bahagian Pinjaman dan Kad Pengguna, Citibank Berhad, Federico Grigera, terdapat peningkatan dalam jumlah pengguna mereka sejak aplikasi tersebut diperkenalkan Februari lalu (Februari 2017) bersama mereka.

Jelasnya, ia berhubung kempen dan tawaran yang diberikan oleh Citibank Samsung Pay secara berterusan melebihi apa yang ditawarkan kepada pemegang kad biasa.

“Pada awal 30 hari pelancarannya, kami bekerjasama dengan Samsung dengan menawarkan aksesori Gear S3 terbaharu dan baucar Sakae Sushi kepada pelanggan yang mencatatkan transaksi Samsung Pay tertinggi setiap hari.

“Usaha ini menunjukkan betapa seriusnya kami dalam mempromosi pembayaran menerusi dunia digital kepada pelanggan kami,” katanya.

Terbaharu, Citibank turut melancarkan pertandingan Citi Tap&Win bagi pengguna aplikasi Samsung Pay dengan menawarkan hadiah dengan lebih pantas iaitu baucar maya (e-voucher) GSC.

Selain itu, pengguna apliaksi Samsung Pay menerusi Citibank akan menerima pelbagai kelebihan menerusi kad yang dipegang namun mereka juga didatangkan bersama pelbagai tawaran menarik daripada rakan kongsi Samsung Pay sebagai contoh tawaran diskaun 15 peratus oleh H&M.

Pembayaran menerusi peranti pintar atau konsep dompet digital tidak hanya sedang berkembang untuk kegunaan bayaran produk atau perkhidmatan semata-mata, ia juga boleh melaksanakan kemudahan pemindahan antara bank dan akaun.

Ia jelas menunjukkan suatu revolusinasi dunia pasaran dan perbankan. CitiBank di Malaysia juga sedang mengembangkan keupayaannya dengan begitu pantas terutamanya di dalam ruang digital bersama fokus yang jelas iaitu memastikanpengalaman dan interaksi pengguna berada pada tahap yang luar biasa.

Bersama kemudahan tersebut, pengguna dapat menikmati perbankan menerusi telefon pintar dengan lebih pantas, lebih sulit dan ia sememangnya merupakan revolusi cara perbankan masa kini.