AsyncTask berfungsi untuk mengawal proses latar, tanpa mengganggu proses lain seperti UI, Broadcast dan Services. Ia direka khas untuk beroperasi sejajar dengan Thread dan Handler, tanpa mengganggu kerangka thread secara keseluruhan.

Sebelum Android V3 (Honeycomb) diperkenal, proses latar untuk pangkalan data, JSON,serta beberapa fungsi perkakasan seperti kamera dan sensor dikawal secara berasingan menggunakan perpustakaan yang berbeza. Demi memudahkan pengatur cara, Google telah mencipta sebuah library khusus iaitu AsyncTask, yang mengawal segala fungsi tersebut.

Tanpa membuang masa, mari kita teruskan dengan latihan minggu ini.

Semakan

Dalam projek tadi, kita telah diperkenal dengan kelas baru AsyncTask.

Menerusi kelas ini, segala maklumat di dalam aplikasi terlibat akan diuruskan secara latar.

Kelas ini hanya boleh digunakan sebagai subkelas kepada projek dan tidak boleh dijadikan kelas utama di dalam mana-mana kelas Java.

Kelas AsyncTask ini memecahkan proses kawalan kepada tiga fungsi utama iaitu doInBackground, onPreExecute dan onPostExecute.

Fungsi doInBackground dimasukkan ke dalam kod atur cara secara automatik oleh Android Studio, manakala dua lagi fungsi perlu ditambah sendiri oleh pengatur cara.

Soalan

Sebelum ruangan minggu ini ditamatkan, anda perlu menyelesaikan beberapa soalan latihan.

1. Panjangkan lagi teks asal di dalam TextView

2. Pendekkan tempoh thread kepada tiga saat sahaja

3. Panjangkan lagi teks progressDialog

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan, sila tinggalkan komen anda di www.farizgaskin.com dan kami akan cuba jawab sepantas mungkin.

Sehingga bertemu lagi dalam ruangan yang sama minggu hadapan, selamat mencuba!