Lima buah kampung tersebut iaitu Kampung Kok Klang, Cikgu Ali, Bonggol Sena, Rambai dan Padang Laut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chuping, Asmaiza Ahmad berkata, penduduk di kawasan itu sebelum ini mengadu berhubung masalah tidak dapat menggunakan air untuk pengairan di kawasan kolam tadahan berkenaan ketika musim kemarau.

“Saya membangkitkan perkara ini dalam sidang Dewan Undangan Negeri dan syukur apabila pihak JPS mengambil tindakan segera dan menyelesaikan masalah ini,” katanya ketika ditemui semasa meninjau kolam tersebut di sini hari ini.

Kelima-lima buah kampung itu sebelum ini sering mengalami masalah kekurangan bekalan air bagi tujuan pengairan sawah semasa musim kemarau, sedangkan kolam berkenaan masih dipenuhi air.

Ini berikutan paras air di situ hanya akan melimpah dan boleh salirkan ke sawah-sawah padi apabila hanya mencapai paras maksimum.

Namun berikutan penggunaan teknologi inovasi, Triangle Drop Gate (TDG) yang dibangunkan Kumpulan Inovasi JPS negeri dikenali ‘Gelombang Emas’, bekalan air boleh digunakan pada bila-bila masa kerana bukaan pintunya adalah daripada atas secara condong.

Berbanding pintu air konvensional sebelum ini, pintu air dibuka secara gelongsor dari bawah. - UTUSAN ONLINE