Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Usaha MPOB laksana B10

Wakil daripada  Persatuan Trak Indonesia  juga sempat berkongsi 3
Wakil daripada Persatuan Trak Indonesia juga sempat berkongsi idea dan pandangan mengenai penggunaan biodiesel bersama delegasi Malaysia.

Umum tahu penggunaan bahan api berasaskan fosil seperti petroleum, diesel, arang batu dan gas asli mempunyai kandungan kimia berbeza dan boleh menyebabkan pemanasan global yang melampau selain kesan rumah hijau.

Oleh itu, penggunaan bahan api bio berasaskan sawit telah diperkenal kerana ia lebih mesra alam apabila dapat mengurangkan kadar pengeluaran karbon dioksida, sekali gus dapat mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.

Secara tidak langsung, penggunaan minyak sawit yang diolah kepada biodiesel menjadikan bahan api itu sebagai sumber bahan api yang boleh diperbaharui (RE).

Pada tahun 2014 lalu, semua diesel yang dibekalkan di stesen minyak seluruh negara mengandungi kadar adunan ditetapkan B7, iaitu tujuh peratus biodiesel minyak sawit (metil ester) dan 93 peratus diesel petroleum. Penggunaan biodiesel berasaskan minyak sawit itu tidak hanya terhad kepada diesel gred Euro 2M, tetapi juga terdapat dalam kandungan diesel gred Euro 5.

Sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab merancang, menyelidik dan membangunkan industri minyak sawit dan kelapa sawit di negara ini, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) turut memainkan peranan dalam memperkenal penggunaan biodiesel yang telah bermula di negara ini sejak 2011.

Menurut Pegawai Penyelidik yang juga Ketua Kumpulan Teknologi Biodiesel MPOB, Dr. Harrison Lau Lik Nang, Malaysia kini sedang dalam proses untuk memperkenal biodiesel B10 iaitu campuran 10 peratus metil ester sawit dan 90 peratus diesel biasa.

Katanya, pengenalan biodiesel B10 adalah untuk menambah tiga peratus metil ester kelapa sawit ke dalam campuran sedia ada yang dijual kepada pengguna.

“Walau bagaimanapun, campuran biodiesel B10 hanya akan dilakukan kepada diesel Euro 2M sahaja, manakala Euro 5 akan dikekalkan dengan campuran biodiesel B7.

“Namun begitu, pelaksanaan penggunaan biodiesel B10 masih tidak dapat direalisasikan berikutan harga minyak sawit mentah (CPO) yang agak tinggi selain halangan lain yang melibatkan beberapa pihak,” katanya ketika sesi lawatan kerja MPOB ke Jakarta, Indonesia baru-baru ini.

Lawatan kerja ke Jakarta selama tiga hari itu turut disertai wakil dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Persatuan Automotif Malaysia (MAA) dan Persatuan Haulier Malaysia.

Jelasnya, apabila biodiesel B10 mula dijual di stesen minyak, terdapat kemungkinan bahawa harga minyak akan bertambah antara tiga hingga empat sen bagi setiap liter, manakala bagi B7 bagi Euro 5 pula akan berada pada harga yang lebih tinggi iaitu antara 10 hingga 20 sen.

“Selain aspek harga, penggunaan B10 sebenarnya mempunyai kebaikannya sendiri. Apa yang nyata, ia lebih mesra alam dan dari segi teknikal pula, campuran B10 mampu mengurangkan penggunaan bahan api pada enjin diesel selain dapat meningkatan kecekapan enjin untuk membakar bahan api dengan lebih baik.

“Selain menjalankan R&D sendiri, MPOB turut bekerjasama dengan Persatuan Pengeluar Kenderaan Jepun (JAMA) yang meluluskan penggunaan sehingga campuran biodiesel B20. Walau bagaimanapun, penggunaan B20 hanya boleh direalisaiskan pada minyak sawit metil ester dan kenderaan beremisi Euro 4,” jelasnya.

Usaha memperluas penggunaan B10 merupakan komitmen kerajaan untuk meningkatkan penggunaan biodiesel di negara ini, yang secara tidak langsung dapat menyumbang kepada kelestarian alam sekitar.

Sebagai negara pengeluar komoditi minyak sawit, program biodiesel dilihat mampu mengurangkan stok minyak sawit negara seterusnya dapat memperkukuh harga bahan mentah itu, sekali gus meningatkan pendapatan pekebun kecil.

Sementara itu, wakil JPJ, Mohamad Nasrul Harun berkata, lawatan selama tiga hari itu sangat memberi informatif kerana dapat meyaksikan sendiri pelaksanaan biodiesel serta mekanisme yang dibuat kerajaan Indonesia bersesuai dengan keadaan negara itu.

“Antara isu yang perlu dipertimbang dalam usaha pelaksanaan B10 di Malaysia dapat dijalankan secara komprehensif adalah kesesuaian stok diesel Euro 5 yang telah sedia ada di pasaran bagi tujuan adunan biodiesel B10.

“Selain itu, isu pemendapan bagi B10 hendaklah diselesaikan terlebih dahulu bagi mengelakkan masalah enjin tersumbat akibat penggunaannya.

“Sebagai cadangan, aspek pembangunan enjin di negara ini perlu seiring dengan kualiti bahan api yang terdapat di pasaran. Selaras dengan pelaksanaan piawaian diesel Malaysia iaitu Euro 5 menjelang September 2020, usaha pembangunan enjin perlu disokong semua pihak agar setanding dengan negara maju,” ujarnya.

Dalam pada itu, wakil DBKL, Muhammad Alif Muhammad Noor berkata, pihaknya terlibat secara langsung dengan projek percubaan biodiesel B10 bersama MPOB sejak tahun 2014 dan bertanggungjawab untuk membantu MPOB dari segi bekalan kenderaan.

“Menerusi lawatan kerja ini, apa yang dapat dilihat, Malaysia perlu lebih fokus kepada pelaksanaan untuk mempertingkat adunan atau komponen biodiesel negara kini hanya menggunakan B7 dan berharap dapat menggunakan B10 secepat mungkin.

“Justeru DBKL akan terus membantu MPOB dan menyokong usaha kerajaan sepenuhnya untuk mencapai matlamat penggunaan biodiesel di Malaysia khususnya bagi sektor pengangkutan dan juga sebagai bahan api untuk menjana industri sedia ada,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain