DR. MOHD . AZHAR YAHAYA
DR. MOHD . AZHAR YAHAYA 

AAIBE diuruskan sebagai sebuah badan yang menyediakan dana penyelidikan bagi meningkatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui sebagai sumber tenaga alternatif untuk negara.

AAIBE dibiayai oleh syarikat janakuasa, TNB Generation Sdn. Bhd. dan pengeluar tenaga bebas (IPP) serta ditadbir oleh Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC).

Pembiayaan dana yang bernilai sebanyak RM20 juta tersebut bertujuan meningkatkan pengeluaran tenaga daripada sumber tenaga yang boleh diperbaharui terutama daripada biojisim, biobahan api dan biogas bersama sumber tradisional di samping dapat menyumbang untuk mewujudkan persekitaran yang selamat dan mengurangkan pelepasan gas berbahaya dengan mengurangkan penggunaan bahan api fosil.

Melalui perancangan dan pelaksanaan yang rapi, dana tersebut dijangka membantu mewujudkan faedah ekonomi dan sosial kepada industri tenaga boleh diperbaharui (RE) di negara ini di samping membantu usaha mengurangkan pemanasan global.

AAIBE dirasmikan oleh Ketua Setiausaha MESTECC, Datuk Seri Dr. Mohd. Azhar Yahaya.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau berharap kerjasama dan komitmen pakar dan pihak berkepentingan serta penyediaan data berharga dari kementerian, agensi, organisasi penyelidikan, syarikat, persatuan dalam industri, universiti mahu pun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) amat penting dalam memastikan kejayaan usaha tersebut.

IR. KAMAL NASHARUDDIN MUSTAPHA
IR. KAMAL NASHARUDDIN MUSTAPHA 

Beliau juga percaya Uniten dam AAIBE untuk Tenaga Boleh Baharu akan terus menyokong agenda nasional dalam merealisasikan semua janji yang dibuat oleh kerajaan bertujuan menjadikan bumi sebagai planet yang selamat untuk didiami.

Majlis tersebut yang turut dihadiri oleh Naib Canselor Uniten, Prof Datuk Dr. Ir. Kamal Nasharuddin Mustapha dan Pengarah AAIBE untuk Tenaga Baharu, Prof. Ir. Dr. Abd Halim Shamsuddin.

Dalam pada itu, Kamal Nasharuddin berkata, pada masa ini ISE mempunyai lebih 30 projek penyelidikan yang telah selesai dan sembilan projek lagi masih dalam porses untuk disiapkan.

Kebanyakannya dibiayai oleh Uniten, TNB, AAIBE, Kementerian Pendidikan dan MESTECC.

“ISE turut bekerjasama dengan pelbagai institusi antarabangsa seperti Universiti Leeds (UK), Universiti Cardiff (UK), Universiti Sains Gunaan Aachen (Jerman), Universiti McGill (Kanada) dan Institut Sumber dan Tenaga India.

“ISE juga merupakan tuan rumah bagi cawangan Institut Tenaga Malaysia,” katanya.