Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pak Din berjaya ternak ketam nipah

Jerih perih Pak Din mengusahakan ternakan ketam  nipah berbaloi  apabila ketam sudah boleh dipasarka 5
Jerih perih Pak Din mengusahakan ternakan ketam nipah berbaloi apabila ketam sudah boleh dipasarkan.

Berdasarkan harga antara RM35 dan RM45 sekilogram, tidak mustahil ternakan ketam nipah ini boleh mendatangkan pulangan lumayan kepada penternak.

Justeru, projek ternakan ketam nipah yang diusahakan oleh Din Abdullah, 73, atau mudah mesra sebagai Pak Din sejak 2009 ternyata mendatangkan pulangan kepadanya dan lebih menarik, dia satu-satunya penternak ketam nipah berjaya di Perlis.

Bermodalkan RM30,000 bagi permulaan projek, Pak Din buat masa ini mengusahakan antara 800 hingga 1,000 ekor benih ketam untuk digemukkan dengan benih diperoleh secara semula jadi daripada nelayan tempatan.

Pak Din mengusahakan penternakan secara konvensional dengan mengaplikasikan kehidupan semula jadi ketam berkenaan.

Katanya, banyak cabaran yang perlu diharungi dalam kerja-kerja menangkap ketam kerana memandangkan spesies tersebut bersembunyi di lubuk dan sukar untuk menangkapnya.

“Saya terpaksa mengesan lubuknya yang biasa berada di tebing sungai di kawasan paya bakau.

“Apa yang penting, perlu kemahiran untuk menangkap ketam berkenaan dengan menggunakan alat tangkul yang diletakkan umpan menggunakan ikan segar biasanya tenggiri, tamban atau kembung.

“Caranya hanya meletakkan umpan ikan segar berkenaan dalam tangkul bagi menarik ketam berkenaan keluar dari lubuknya.

“Dengan cara tersebut iaitu merendamkan tangkul, ketam akan masuk ke dalamnya,” ujarnya ketika ditemui pada program myDOF Kembara Media Perikanan di Kuala Perlis, baru-baru ini.

Yang turut hadir Timbalan Pengarah Perikanan Perlis, Norhaida Ishak dan Ketua Cawangan Akuakultur dan Pengembangan Jabatan Perikanan Perlis, Badeli Hassan.

Mengenai cabaran lain, Pak Din berkata, jika berlaku hujan lebat tiga hari berturut-turut, air kolam miliknya akan berubah menjadi tawar sedangkan ketam jenis itu suka hidup dalam air payau dan masin.

Ketam juga difahamkan sukakan ikan segar sebagai makanan dan seekor umpan ikan biasanya dapat dikongsi oleh beberapa ekor ketam.

Ketam nipah atau nama saintifiknya Scylla olivacea amat sensitif dengan air hujan. Selain itu, Pak Din juga menghadapi masalah kecurian memandangkan ketam tersebut bernilai tinggi di pasaran.

Kebanyakan hasil ketam nipah dipasarkan di restoran sekitar Perlis dan Kedah atau pembeli individu. Harganya bergantung pada saiz ketam berkenaan.

Pada hari ini, projek ternakan ketam Pak Din yang dibantu cucunya, Azhar Khan Amran Khan, 26, turut mendapat perhatian daripada mereka yang mula berjinak- inak menceburi bidang akuakultur tersebut.

Kejayaan Pak Din itu juga mendorong Jabatan Perikanan menyalurkan bantuan benih kepadanya ketika berlaku fenomena el-Nino baru-baru ini ekoran masalah kematian.

Sementara itu, Badeli berkata, pihaknya memberikan bantuan benih sebayak 2,000 ekor pada 2005 dan 1,700 ekor lagi pada tahun lepas.

“Jabatan juga membantu membekalkan dua unit tangki gentian pada 2007,” ujarnya sambil memberitahu setakat ini hanya projek yang diusahakan oleh Pak Din aktif manakala pengusaha lain tidak begitu berjaya kerana berdepan dengan masalah kesukaran mendapatkan anak benih ketam akibat penambakan laut.

Projek ternakan ketam nipah berpotensi dimajukan kerana mempunyai permintaan tinggi di pasaran.

Ketam nipah mengandungi khasiat vitain A, B, Bm dan B 12 serta mineral zink dan tembaga.

Kejayaan projek Pak Din ini sepatutnya menjadi inspirasi kepada pihak lain yang berminat menceburi bidang ini.

Bagi Pak Din yang juga seorang pesara tentera, minat mengatasi segalanya memandangkan dia telah berjinak-jinak dengan ternakan ketam ini sejak belasan tahun. Dia pernah beberapa kali gagal tetapi minat mengatasi segalanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain