Kejayaan tersebut memahat nama Malaysia sebagai antara negara yang mempunyai pencapaian bidang sains yang kukuh, dan pada masa yang sama melahirkan saintis yang pakar dalam bidang masing-masing.

Sebagai bukti Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Mohd. Azhar Yahaya dilantik sebagai Presiden Pusat Sains dan Teknologi Pergerakan Negara Negara Berkecuali (NAM) yang dianggotai 48 buah negara membangun.

Pada mesyuarat kali ini, Malaysia telah dilantik sebagai Presiden Majlis Pentadbiran Pusat Sains dan Teknologi (S&T) NAM bagi penggal 2018-2020.

Pelantikan tersebut merupakan satu pengiktirafan tinggi terhadap sumbangan Malaysia dalam bidang sains dan teknologi di persada dunia dan mendatangkan faedah kepada Malaysia dari segi mempromosikan kepakaran dan fokus Malaysia dalam bidang penyelidikan seperti bioteknologi, nanoteknologi, dan perkongsian idea dalam bidang inovasi sosial dan ICT kepada negara-negara anggota.

Pelantikan tersebut memberi ruang dan peluang kepada semua penyelidik berkongsi kepakaran dan pengalaman dalam bidang masing-masing.

Menyifatkan pelantikannya sebagai cabaran besar bagi Malaysia, Mohd. Azhar berkata, ia juga merupakan satu penghormatan kepada Malaysia bagi membawa NAM ke satu tahap yang lebih baik sejak 1989.

“Saya berkeyakinan sebagai presiden, kita boleh membawa NAM ke satu tahap lebih baik yang sejak sekian selama banyak menyentuh aspek pembangunan, kemampuan dan dasar.

“Sebaliknya kita mahu supaya anggota boleh berkongsi bidang penyelidikan, pengalaman membangunkan bidang sains dan teknologi, penyediaan teknologi yang disentuh dalam Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4), ‘’ ujarnya kepada Mega Sains.

Antara fokus beliau adalah membawa pemikiran baharu yang sesuai dengan cabaran terkini dalam bidang sains dan teknologi seperti jaringan Internet, perlunya peranan agresif dan progresif mendepani isu sains dan penyelidikan, dan latihan kepakaran.

Sebelum ini, badan tersebut banyak menumpu kepada aspek dasar, perbincangan dan juga tadbir urus.

“Kita mempunyai kepakaran dalam penyelidikan dan pengalaman dalam Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) yang boleh dimanfaatkan dan bagaimana hasilnya dapat dikomersialkan,” ujarnya .

Menurut Mohd. Azhar lagi, kebanyakan negara anggota adalah negara membangun dan mempunyai kekayaan sumber semula jadi, tetapi jika tidak berjaga-jaga ia boleh dimanipulasi oleh pihak lain.

Justeru menurut Mohd. Azhar, kekayaan tersebut sewajarnya menjadi aset kepada negara anggota untuk memanfaatkannya bagi menjana ekonomi dalaman dalam perkara tersebut dan boleh dibawa menjadi topik yang boleh dibincangkan menerusi kerjasama yang dibentuk.

Antara kerjasama yang akan dibentuk dalam tempoh Malaysia menjadi presiden adalah penganjuran program saintifik dan perkongsian kepakaran yang akan melibatkan jabatan dan agensi MOSTI yang berkaitan seperti Akademi Sains Malaysia (ASM), International Science, Technology & Innovation Centre (ISTIC), NanoMalaysia dan SIRIM Berhad.

Perkara itu boleh direalisasikan memandangkan sesetengah negara mempunyai kepakaran dalam penyelidikan seperti Iran dan beberapa negara ASEAN yang menyertai pertubuhan tersebut.

“Kita boleh gunakan platform NAM untuk mempromosi aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan sebagai jaringan pengkomersialan dan pemasaran produk tempatan,” ujarnya.

Fokus akan diberi kepada perkara-perkara seperti berikut:

l Mengukuhkan negara-negara Selatan menerusi Kerjasama Selatan-Selatan dalam bidang STI dengan perkongsian pengalaman pembangunan Malaysia untuk mencapai status pendapatan tinggi menjelang 2020;

l Meletakkan keutamaan dalam Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) yang menggabungkan automasi dan pendigitalan, yang mana gabungan adalah teras untuk memacu revolusi itu;

l Memperkasa agenda inovasi dan pengkomersialan yang diteraju MOSTI melalui Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY).

MESIN KUIH SIPUT VERSI BARU

Latar belakang

l Pusat Sains dan Teknologi NAM (NAM S&T Centre) ditubuhkan susulan kepada strategi umum bagi kerjasama dalam bidang sains dan teknologi (S&T) dalam kalangan Negara-negara Berkecuali (NAM)

l Sidang-Sidang kemuncak yang telah diadakan di Colombo, Sri Lanka pada 1976; di Havana, Cuba pada 1979; dan di New Delhi, India pada 1983.

l Berikutan dengan itu, Pusat Sains dan Teknologi NAM ditubuhkan yang beribu pejabat di New Delhi, India pada bulan Ogos, 1989. Sehingga kini sebanyak 48 buah negara telah menyertai pertubuhan tersebut.

l Malaysia menganggotai pertubuhan tersebut bermula pada 1994 dan telah terlibat secara aktif dalam mesyuarat Governing Council NAM S&T Centre.

Objektif Penubuhan Pusat Sains 
dan Teknologi NAM

l Penubuhan Pusat Sains dan Teknologi NAM bertujuan untuk menggalakkan pelbagai aktiviti dalam bidang S&T bagi mengukuhkan kerjasama dalam kalangan negara-negara anggota NAM

Fungsi NAM S&T Centre

1Menggalakkan usaha sama terbaik dan berfaedah dalam kalangan saintis, organisasi dari negara-negara anggota NAM;

2Menggiat dan menggalakkan pembangunan penyelidikan bersama, projek dan program latihan pada peringkat dua hala dan pelbagai hala dalam kalangan ahli-ahli Pusat Sains dan Teknologi NAM dalam bidang-bidang tertentu;

3Memantau pelaksanaan program berkaitan dengan pembangunan S&T yang telah disyorkan atau diluluskan oleh mesyuarat Governing Council (GC) Pusat Sains Sains dan Teknologi NAM.