Ada yang mahukan kulit cerah, ada pula yang mahukan kulit sempurna tanpa cela, ada juga yang inginkan kulit tanpa minyak dan sebagainya.

Atas permintaan tinggi terutama daripada golongan wanita yang mementingkan penampilan diri, maka pelbagai produk kecantikan tempatan dan antarabangsa dihasilkan bagi memenuhi kehendak tersebut.

Namun, terdapat pelbagai persoalan berkaitan produk di pasaran sama ada memenuhi piawaian Kementerian Kesihatan, halal dan bebas bahan kimia berbahaya.

Melihat kepada beberapa aspek tersebut, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) baru-baru ini melancarkan produk Halea Natural Skin Care melalui penyelidikan yang dijalankan di Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT).

Produk kecantikan tersebut merupakan keluaran A.M. Zaideen Ventures Sdn.Bhd. yang juga sebuah syarikat hiliran UTM.

Halea Natural Skin Care merupa–kan hasil penye–lidikan UTM daripada lempoyang yang turut dikenali sebagai halia hutan atau halia liar yang terdapat di dalam hutan tropika.

Menurut pengasas produk tersebut, Dr. Mariam Firdhaus Mad Nordin, lempoyang atau nama saintifiknya Zingiber zerumbet kaya dengan antioksidan yang berupaya memberi manfaat kepada kulit sambil bertindak sebagai agen anti penuaan.

“Menurut testimonial daripada pengguna, produk ini mampu mengeringkan jerawat dalam masa tiga hari dan mencerahkan kulit seawal seminggu,” katanya.

Mariam Firdhaus yang juga pensyarah kanan dalam bidang kejuruteraan proses kimia di MJIIT memberitahu, kajian mengenai lempoyang dijalankan sejak 2016 lagi dan ternyata bahan tersebut memiliki banyak kelebihan untuk kecantikan dan kesihatan kulit.

Tambahnya, produk Halea Natural Skin Care berbeza dengan produk yang berada di pasaran kerana pengekstrakan lempoyang dilakukan di MJIIT melalui proses pengekstrakan berasaskan air.

“Proses pengekstrakan lempoyang telah diubah suai melalui keadaan proses yang optimum dengan suhu dan tekanan tertentu seterusnya menghasilkan khasiat kompaun bioaktif yang paling tinggi.

“Menerusi formulasi produk yang berasaskan herba dan tumbuhan ini, secara tidak langsung menghasilkan produk penjagaan kulit yang bebas bahan kimia berbahaya.

“Kajian melalui peralatan analisis merkuri yang terdapat di Disaster Preparedness and Prevention Centre (MJIIT) turut dilaksanakan dalam memastikan bahawa produk ini bebas merkuri. Selain itu, produk Halea Natural Skin Care telah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan dan turut mempunyai sijil pengujian bebas bahan kimia berbahaya,” jelasnya.

Halea Natural Skin Care merupakan produk bebas toksik yang dirumus khas berdasarkan teknologi Korea dan sesuai untuk semua jenis kulit sama ada wanita mahupun lelaki.

Katanya lagi, produk yang mula memasuki pasaran pada 1 Januari lalu, kini boleh dapati melalui stokis yang dilantik seperti tersenarai di dalam www.halea.com.my.

Permohonan untuk menjadi pengedar produk Halea masih dibuka dan boleh dihantar ke emel haleaskincare@gmail.com.

Bagi mereka yang ingin mencuba produk berkenaan, boleh menghubungi stokis terdekat untuk mendapatkan pek percubaan pada harga RM78 yang mengandungi 10 mililiter (ml) Brightening Serum dan 30 ml Brightening Cleanser iaitu sebagai pembersih wajah. Bagi produk bersaiz normal 30 ml Brightening Serum (RM175) dan 80 ml Brightening Cleanser dengan harga RM65 sahaja.

Selain itu, syarikat berkenaan turut memperkenalkan beberapa lagi produk kecantikan lain iaitu krim pelembap, krim kecantikan dan masker wajah tidak lama lagi.

“Kami ada perancangan untuk memasarkan produk Halea di farmasi-farmasi atau kedai-kedai terpilih tidak lama lagi. Malah beberapa syarikat telah menunjukkan minat untuk turut memasarkan produk ini,” katanya.

Revolusi Penjagaan Kulit

Membasuh muka hanya menggunakan air mungkin tidak akan menghilangkan sepenuhnya sel-sel kulit mati di atas permukaan kulit. Perbuatan tersebut sebaliknya akan menggalakkan pengumpulan sel-sel kulit mati secara berlebihan yang menjadi punca kulit menjadi kering dan tekstur yang kasar.

Penimbunan kulit mati mengakibatkan muka lebih terdedah kepada lebih banyak jerawat yang terbentuk pada kulit terutama yang berminyak.

Bila lebihan minyak pada kulit bercampur dengan sel-sel kulit mati, kulit akan menjadi tempat yang sangat subur untuk jerawat berkembang. Ini disebabkan oleh sebum, bakteria dan sel-sel kulit mati yang menyebabkan liang tersumbat sekali gus mengakibatkan bintik hitam, jerawat penuh atau jerawat yang membengkak (cyst).

Justeru, pembersih pencerah Halea Natural Skin Care merupakan produk premium dengan tekstur lembut dan halus yang mengeluarkan kekotoran pada kulit dan menjadikannya bersih, licin dan tidak berminyak. Ia dirumuskan untuk keseimbangan kulit dan akan mencerahkan tona kulit secara semula jadi.

Serum pencerah pula mempunyai kepekatan tinggi yang menyerap masuk ramuan aktif daripada lempoyang ke dalam kulit dengan lebih berkesan.

Teknik berasaskan air dalam proses pengekstrakan lempoyang mempercepatkan lagi penyerapan serum ke dalam kulit dan menghidrasikan kulit dengan lebih pantas lalu menjadikan kulit wajah kelihatan lebih segar. Dalam masa sama akan mengembalikan keremajaan kulit dan mengurangkan tanda-tanda penuaan.

Penggunaan serum yang kerap dan teratur menyebabkan kulit menjadi lebih tegang, halus dan seterusnya menjadikan liang kelihatan lebih kecil dan meningkatkan kelembapan kulit wajah.