Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Inovasi kesihatan untuk semua

keluarga 4
keluarga

Banyak negara di dunia ketika ini berhadapan dengan senario peningkatan populasi warga emas tahun demi tahun. Golongan tersebut sudah tentunya memerlukan kemudahan dan pelan perubatan serta penjagaan yang berbeza.

Paling ketara sudah tentu kebergantungan kepada anak-anak terutama dalam hal penjagaan.

Keadaan itu kadangkala mencetus dilema apabila anak-anak perlu bekerja dan berada di luar rumah, sedangkan ibu bapa warga emas ini ditinggalkan di rumah sama ada bawah pengawasan ahli keluarga lain, pembantu dan ramai juga yang tinggal berseorangan di rumah. Keadaan ini amat membimbangkan anak-anak semasa berada di tempat kerja mereka.

Mencari jalan penyelesaian terhadap masalah tersebut, Philips melalui penyelidikan berterusan tampil dengan kemudahan yang dipanggil Royal Philips Health Continuum Space (RPHCS).

Kemudahan berinovasi yang terletak di ibu pejabat Philips di Singapura itu, menggambarkan senario kehidupan sebenar sebuah kehidupan dengan objektif memudahkan tugas profesional penjagaan kesihatan yang dengan tidak secara langsung meningkatkan kualiti dan ketepatan diagnosis klinikal.

Serba lengkap dengan binaan yang lebih fleksibel, kemudahan berkeluasan 1,028 meter persegi ini memiliki keupayaan menyediakan senario perubatan yang serba lengkap, dari hospital hinggalah ke rumah pesakit.

Pengurus Besar Sistem Kesihatan Philips Asia Pasifik, Diederik Zeven berkata, ruang ini menempatkan pelbagai peralatan penjagaan kesihatan Philips yang boleh menjadi penyelesaian kepada permasalahan kesihatan demi masa depan penjagaan pesakit dan tanggungjawab klinikal.

Bahkan katanya, sebahagian daripada teknologi dan kemudahan yang terdapat di RPHCS mampu dimanfaatkan golongan warga emas dalam meningkatkan kualiti hidup mereka.

“Melalui alat-alat yang dicipta, mungkin bantuan akan sempat diberikan dan nyawa mereka dapat diselamatkan.

“Apa yang pasti kemudahan kesihatan ini bukan sahaja untuk warga emas tetapi juga untuk semua golongan umur dan memberi manfaat kepada semua,” katanya pada majlis pelancaran Royal Philips Health Continuum Space di Singapura baru-baru ini.

Perasmian disempurnakan oleh Menteri Negara, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Komunikasi dan Informasi Singapura, Chee Hong Tat.

Menurut Zeven lagi, Philips berasa bertanggungjawab terhadap sistem penjagaan kesihatan dan teknologi untuk semua peringkat masyarakat.

“Ruang ini memberikan gambaran lebih jelas kepada kehidupan kita, bagaimana teknologi kesihatan mampu memberi penyelesaian lebih inovatif termasuk yang menyentuh isu-isu penjagaan kesihatan lebih kompleks.

“Ketika membangunkan kemudahan ini, antara yang menjadi pertimbangan kami ialah peningkatan kos perubatan dan bertambahnya beban penyakit kronik yang berpunca daripada populasi warga emas.

“Justeru, kami mengutamakan pencegahan daripada merawat serta mengurangkan beban profesional kesihatan.

“Misalnya, jika di rumah, anda boleh menggunakan penapis udara bagi mendapatkan kualiti udara yang bersih, menggunakan pengukus bagi mengukus makanan dan elakkan menggoreng, yang sudah tentu dapat mengelak banyak masalah kesihatan.

“Apa yang pasti kami mempunyai peralatan yang dapat membantu mengatasi banyak masalah dalam kehidupan seharian.

“Produk-produk kami adalah mesra pengguna dan mudah digunakan di rumah,” ujarnya.

Kemudahan canggih Philips

Selain menghasilkan ruang-ruang seperti di hospital, Royal Philips Health Continuum Space (RPHCS) melangkah setapak ke hadapan bagi memenuhi keperluan persekitaran di rumah, di mana individu boleh menjaga kesihatan mereka dengan lebih baik dan mengelak daripada jatuh sakit.

Melalui simulasi dan penyediaan persekitaran yang berbeza, Philips dapat menunjukkan ruang sebenar yang boleh dicontohi rakan-rakan kongsi mereka.

Philips merupakan syarikat teknologi kesihatan tersohor yang memfokuskan pada penambahbaikan kesihatan secara holistik, daripada pencegahan, pengesanan, rawatan penyakit hingga kepada jagaan di rumah.

Beribu pejabat di Belanda, syarikat tersebut merupakan pelopor dalam pengesanan diagnos, terapi imej, kawalan pesakit dan maklumat kesihatan, selain kesihatan pengguna dan jagaan di rumah.

Dalam pada itu, RPHCS turut membolehkan kolaborasi antara kerajaan, penjagaan kesihatan profesional dan mereka yang berkaitan dalam rekaan serta menyediakan kemudahan penjagaan kesihatan.

Antara yang boleh disaksikan di ruang ini termasuk gambaran sebuah kediaman, ambulans, bilik kecemasan, bilik CT, makmal catheterization, Unit Rawatan Rapi (ICU) dan sebuah bilik pemulihan.

Ia jelas memperlihat gambaran pengalaman seseorang pesakit daripada mengalami kehidupan yang sihat di rumah hingga pesakit tersebut dikesan menghidapi sesuatu penyakit dan dirawat di hospital untuk penyakitnya.

Di sini juga anda akan dapat melihat bilik bacaan futuristik, kemudahan beraspirasi yang dilengkapi dengan sistem teknologi terkini yang menyediakan data pesakit, di mana doktor dengan kepakaran masing-masing dapat mengkaji kes pesakit dengan hanya menggunakan satu platform sahaja.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain