Itu angka yang dicatatkan sehingga Disember tahun lalu. Berapa pun jumlahnya ketika ini bukan lagi perkiraan yang signifikan, sebaliknya mereka sebenarnya wira tidak didendang atau hero di belakang tabir industri perikanan negara.

Apabila memperihalkan nasib hidup golongan nelayan, tugas kita amat mudah sebab kita mengaitkannya dengan kemiskinan. Hanya ada beberapa nelayan yang boleh digelar usahawan atau jutawan, itupun di beberapa tempat sahaja seperti Pelabuhan Tok Bali, Kelantan dan Kuantan, Pahang.

Justeru itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menerusi dua agensi utamanya yang berkaitan industri perikanan iaitu Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Jabatan Perikanan mempunyai sebab untuk menganjurkan program yang bertujuan memberi penghargaan terhadap sumbangan dan jasa golongan tersebut kepada rakyat negara ini.

Program tersebut dinamakan Gelombang Nelayan Nasional (GNN) 2017 yang dianjurkan sebagai kesinambungan daripada kejayaan pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat CSR Tani dan Gelombang Tani Nasional yang dilaksanakan di Terengganu Utara (IADA Ketara) dan Perak pada 15 April lalu.

Program GNN 2017 diperkenal oleh kementerian yang bertujuan menerapkan semula budaya gotong royong di samping dapat memberi satu transformasi sikap dan minda dalam kalangan komuniti nelayan.

Program tersebut seperti disebut oleh Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Datuk M. Saedon Ab. Majid mempunyai matlamat besar iaitu mengeratkan hubungan golongan nelayan dengan pegawai-pegawai kerajaan, mewujudkan suasana mesra dan baik antara golongan sasar dengan pegawai kerajaan, transformasi nelayan untuk lebih berdaya saing dan berpengetahuan, medium terbaik dalam menyampaikan feel good factor kepada masyarakat.

Program GNN juga diharap membantu mempromosi industri pelancongan dengan tempat pelaksanaan GNN ini akan lebih dikenali, memberi peluang pekerjaan masyarakat setempat serta menaikkan ekonomi masyarakat setempat;

“Ini juga sebagai tanda penghargaan masyarakat terhadap nelayan di atas pengorbanan mereka mengharungi badai di lautan tanpa mengira penat lelah bagi memastikan kelangsungan bekalan sumber hasil laut,’’ ujarnya,

Beliau turut berharap GNN bermanfat untuk diterapkan kepada komuniti dan menggalakkan budaya turun-temurun perlu diperkasa dengan memupuk kerjasama dalam kalangan masyrakat setempat yang mementingkan nilai-nilai kebersihan dan keceriaan.
- LAUPA JUNUS

  • Program pelancaran Gelombang Nelayan Nasional (GNN) 2017 akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 14 Oktober 2017 di Pantai Kuala Kerteh, Kemaman, Terengganu jam 11 pagi.
  • GNN 2017 diadakan bersempena Perhimpunan 1Nelayan yang diadakan pada 12 hingga 14 Oktober 2017.
  • Prapelancaran GNN 2017 diadakan pada 17 Ogos lalu oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek selaras dengan prinsip Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS)

Lokasi program: Pantai Kuala Kerteh, Kemaman, Terengganu
Tema: Hargai Nelayan

Konsep

  • Program berkonsepkan NBOS yang melibatkan nelayan, penjawat awam dan sektor swasta dan akan berterusan sepanjang tahun 2017.
  • Program melibatkan dua komponen utama iaitu Engagement 1Nelayan dan Perhimpunan 1Nelayan.
  • Pengisian dua komponen yang akan dilaksanakan untuk GNN 2017:

Program Engagement 1Nelayan bertujuan untuk mendekati golongan nelayan melalui aktiviti gotong-royong yang bermula sejak 1 Jun 2017;

  • Antara aktiviti Program Engagement 1Nelayan adalah:

* Aktiviti baik pulih rumah nelayan seluruh Terengganu.

* Kursus bina minda dan transformasi nelayan.

* Keceriaan kampung atau kawasan komuniti nelayan.

* Pembersihan pantai dan penanaman pokok rhu.

* Pembersihan jeti dan kompleks pendaratan ikan.

  • Program Perhimpunan 1Nelayan yang bertujuan untuk menghimpunkan nelayan sekitar Pantai Timur menerusi penganjuran pelbagai aktiviti menarik.

Tarikan dan aktiviti

* Pameran unit bergerak dari kementerian serta jabatan dan agensi bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

* Jualan trak makanan melibatan usahawan FAMA.

* Jamuan rakyat

* Pesta durian

* Pesta air

* Simfoni Nelayan

* Perkhemahan Agrotroopers & 4 X 4 Challenges

* Pertunjukan persembahan NBOS bersama agensi penguatkuasaan Maritim (Tentera Laut Diraja Malaysia atau TLDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Perikanan dan LKIM

* Pertandingan Dam Aji Nelayan Kebangsaan

* Pertunjukan kebudayaan dan Battle of the Band

* Jualan murah ikan Q’Fish dan barangan pertanian.

* Kawad senyap

* Pancaragam

* Dialog Bersama Belia Nelayan

* Pelancaran Kukenal & Skuad Anti Dadah

* Pelancaran radio komunikasi Super Nelayan

* Demonstrasi masakan dari pelbagai negeri

* Demonstrasi Menyelamat oleh KuKenal bersama agensi

* Pentas Anak Seni

* Pertandingan dikir barat

* Pertandingan memancing

* Pertandingan bot dan sampan berhias

* Pertandingan masakan

Mini konsert Simfoni Nelayan

* Ramli Sarip

* Wan Hasrita dan Tajol

* Kombo Gelombang Biru TLDM

* Erry Putra

* Dikir barat