Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

HARAPAN KEPADA TEKNOLOGI GENOM

Siri 1

Proses pembesaran anak benih sawit teknologi kultur tisu yang 2
Proses pembesaran anak benih sawit teknologi kultur tisu yang dibangunkan oleh MPOB.

MUKADIMAH: Laporan khas mini dua siri bertajuk 100 Tahun Kegemilangan Industri Sawit ini berkongsi beberapa kejayaan bagaimana teknologi telah memberi wajah baharu kepada industri sawit selepas satu abad di negara ini.

Industri sawit negara mencatatkan tiada perkembangan yang drastik sejak 20 tahun lalu.

Pelbagai program dan usaha dijalankan oleh pihak yang bertanggungjawab bagi memastikan industri itu terus berkembang dengan baik.

Antaranya adalah Lembaga Kelapa Sawit Malaysia (MPOB) yang berusaha memperkenal penggunaan teknologi genom dalam memperkasa industri sawit negara.

Menurut Felo Kanan MPOB, Dr. Rajanaidu Nookiah, teknologi genom merupakan teknologi terkini yang dapat membantu mengembangkan industri sawit ke tahap seterusnya.

Ujarnya, tanpa sebarang pembaharuan dalam peningkatan kapasiti pengeluara lambat laun negara akan tertinggal berbanding negara-negara jiran yang turut mengusahakan industri tersebut.

“Indonesia kini jauh mengatasi kita (Malaysia) berikutan mereka memiliki kawasan pertanian yang luas dan tenaga buruh yang tinggi.

“Negara tersebut memiliki 10.7 juta hektar (ha) ladang kelapa sawit berbanding kita (Malaysia) hanya 5.3 juta ha sahaja,” katanya ketika ditemui Mega Sains di Bangi, Selangor baru-baru ini.

Oleh demikian, pemain-pemain utama industri sawit perlu memanfaatkan kawasan perladangan mereka yang terhad semaksimum mungkin.

Antaranya menggunakan baka sawit yang dapat menghasilkan kadar minyak yang tinggi. Untuk tujuan tersebut, penggunaan teknologi genom dalam proses penambahbaikan baka amat perlu.

Menyorot kembali pembabitan awal negara dalam industri kelapa sawit sebagai tanaman komoditi utama, Dr. Rajanaidu memberitahu pada tahun 1941 bagaimana baka tanaman tersebut ditemui di Congo, sebuah negara di benua Afrika.

Benua Afrika merupakan kawasan asal pokok kelapa sawit tumbuh secara liar boleh ditemukan.

Baka tersebut kemudiannya dibawa oleh penjajah Belanda ke rantau Asia Tenggara, iaitu ke Bogor, Indonesia pada tahun 1848 dan kemudiannya disebarkan ke Deli, Sumatera, Malaysia dan seluruh dunia.

Jelas Dr. Rajanaidu, baka sawit pada asalnya ditemukan dalam dua jenis (bentuk buah) yang dikenali sebagai Dura dan Pisifera di habibat liar.

Kedua-dua jenis buah sawit tersebut memiliki ciri-ciri yang berbeza biarpun daripada spesies yang sama iaitu Elaeis guineensis.

Dura memiliki lapisan mesokarp (sabut) sekitar 60 peratus, tempurung 10 peratus, isi rung sekitar 10 peratus dan mampu menghasilkan kadar minyak sekitar 16 peratus.

Pisifera pula memiliki mesokarp dan isirung, namun amat sedikit isinya.

“Di sini jenis bentuk buah (fruit form) ini kami kategorikan sebagai dua jantina yang berbeza iaitu Dura sebagai buah betina dan pisifera sebagai buah jantan.

“Kacukan daripada kedua-dua baka ini menjadikannya sebagai Terera yang merupakan buah daripada baka hibrid yang dikenali sebagai DxP,” katanya.

Buah daripada pokok hibrid itu (DxP) menghasilkan kadar minyak lebih tinggi sekitar 25 hingga 35 peratus berbanding Dura sahaja yang hanya sekitar 16 peratus.

Hal demikian kerana lapisan mesokarp DxP mengembang sehingga 80 peratus, isi rung sekitar 10 peratus dan tempurung, 10 peratus.

Sejak itu, proses kacukan (pendebungaan silang) antara Dura dan Pisifera telah dijalankan bagi mendapatkan baka Terera atau DxP.

Baka tersebut telah digunakan pada awal penanaman pokok sawit iaitu sekitar 1958 hingga 1960 secara meluas tidak hanya 
di Malaysia malah di seluruh dunia.

Lebih dikenali sebagai baka Deli Dura kerana baka buah betinanya berasal dari Deli, Sumatera, Indonesia baka hibrid DxP tersebut terus digunakan dan ditanam secara besar-besaran.

Walau bagaimanapun, untuk menghasilkan baka DxP secara besar-besaran memerlukan debunga daripada pokok sawit jenis Pisifera dengan banyak.

Untuk membezakan Dura dan Pisifera secara fizikal, hanya dengan melihat kepada ciri-ciri bentuk buahnya dan pastinya mengambil masa yang amat panjang.

Sepohon sawit hanya mengeluarkan buah apabila mencapai usia matang sekitar dua hingga tiga tahun, dan hanya apabila pokok tersebut berbuah sahaja membolehkannya dikenal pasti. Hal demikian menyebabkan proses pembiakbakaan DxP berlangsung dengan perlahan dan mencetuskan usaha MPOB.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain