Sesuai dengan cabaran semasa dalam industri pembinaan kerja kerja R&D akhirnya diserahkan kepada bahagian khas dinamakan Institut Penyelidikan Pembinaan Malaysia (Cream).

Sejak penubuhannnya secara rasmi dan sehingga kini, kira-kira 55 R&D telah dijalankan.

Penyelidikan tersebut melibatkan penyelidik dalaman dan juga dari pelbagai institusi lain termasuklah antaranya Universti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UiTM).

Dengan beberapa klsuter iaitu material (bahan), struktur IBS , keselamatan dan kesihatan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), dan alam serta alam sekitar. Jelas bahawa, Cream mempunyai peranan besar dalam pembangunan industri pembinaan negara.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya Ir. Dr. Zuhairi Abd. Hamid, Cream mempunyai dua agenda iaitu kebangsaan dan antarabangsa.

Misi Cream adalah memberi perkhidmatan yang diperlukan oleh industri terutama pemegang kepentingan dan juga penyelidik. Misi kedua adalah untuk meneroka dan ketiga, menggalakkan penyelidikan, manakala misi keempat adalah untuk pembangunan ilmu dan juga bertindak balas kepada permintaan perubahan.

Hasrat dan komitmen tersebut terkandung dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RM-11) berkaitan perubahan iklim.

Katanya, antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh Cream adalah ujian makmal, penerbitan, khidmat perundingan, pilihan teknikal, keselamatan dan kesihatan serta penilaian kualiti, pensijilan produk, pandangan teknikal selain R&D.

Antara tugasan dan peranannya selain perundingan adalah kerja-kerja atau siasatan forensik dan menilai sekiranya berlaku masalah struktur pembinaan seperti jambatan atau bangunan runtuh.

"Kami mendapat pengiktirafan menerusi pensijilan makmal dan sebagai badan yang membuat penilaian dan audit dan sebagai badan pensijilan konkrit,'' ujarnya.

Selain R&D, Cream juga berperanan dalam menganjurkan pelbagai program menjurus kepada kelestarian.

Salah satu program adalah penubuhan Mampan yang mewujudkan MyCrest sebagai agensi penarafan menilai kemampanan bagi struktur kejuruteraan seperti empangan, lebuh raya dan pelan rawatan sisa buangan hidro elektrik supaya mematuhi piawaan antarabangsa mengenai alam sekitar.

Pihaknya juga berharap supaya industri pembinaan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga asing dengan pelaksaanan fasa pemodenan, mekanisme dan pengindustrian.

Malah selepas ini pelbagai program diperkenal bagi tujuan peningkatan skala seperti yang diarahkan Kementerian Kerjaraya.

Cream juga mengendalikan Makmal Kerja Raya Malaysia (MKRM) bagi mengendalikan kerja-kerja R&D yang dilengkapi kemudahan pengujiam dan tenaga berkemahiran.