Justeru, perkembangan teknologi pertanian kini membolehkan masyarakat tanpa mengira latar belakang mengusahakan sendiri tanaman walaupun di ruang yang terhad.

KUALA LUMPUR 27 MAC 2018 - Timbalan Pengarah Program Pertanian
Mohd. Syaifudin Abdul Rahman 

Menyedari tanaman seperti sayuran merupakan sumber utama makanan rakyat Malaysia, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) tidak melihat isu tanah terhad sebagai halangan untuk terus membantu petani atau individu menghasilkan tanaman yang bermutu tinggi sama ada untuk kegunaan sendiri atau dijual.

Terbaharu, Pusat Penyelidikan Kejuruteraan MARDI menemukan satu alternatif terbaik bagi memastikan negara masih kekal mampu mengeluarkan hasil pertanian melalui kilang tanaman tanah.

Kilang tanaman merupakan sistem pengeluaran sayuran dalam bangunan yang semua elemen yang diperlukan seperti cahaya, suhu, gas rumah hijau iaitu gas karbon dioksida (CO2) dan kelembapan di kawal secara tiruan dengan sokongan sistem kawalan pembajaan serta pengairan secara mekanisasi juga automasi.

Timbalan Pengarah Program Pertanian Tepat, Pusat Penyelidikan Kejuruteraan MARDI, Dr. Mohd. Syaifudin Abdul Rahman berkata, menerusi teknologi kilang tanaman itu juga memberi keperluan kepada jaminan dan keselamatan makanan.

“Teknologi ini mampu mengurangkan sisa racun kimia, pencemaran air dan tanah.

MARDI juga memperkenalkan teknologi terkini,Tube-Plot yang merupakan
MARDI juga memperkenalkan teknologi terkini,Tube-Plot yang merupakan sistem tenaman bertingkat bercirikan moden dan versatil menggunakan sistem pengairan titis yang direka bentuk sesuai untuk ruang terhad  Gambar hiasan.

Malah sayuran yang di taman menerusi kaedah ini tidak terbantut pembesarannya ekoran perubahan cuaca ataupun penyusutan kawasan pertanian.

“Malah, tiada lagi isu kekurangan tanah pertanian yang sesuai selain dapat mengelak daripada berlakunya bencana alam,” katanya yang ditemui di Serdang baru-baru ini.

Tambahnya, melalui kaedah penanaman di kilang tanaman mampu menghasilkan sayuran bernilai tinggi yang segar, bernutrisi dan bebas daripada semburan racun kimia.

DR. MOHD SYAIFUDIN ABDUL RAHMAN memberikan penerangan tentang infrastruktur kilang tanaman yang dibi
MARDI juga memperkenalkan teknologi terkini,Tube-Plot yang merupakan sistem tenaman bertingkat bercirikan moden dan versatil menggunakan sistem pengairan titis yang direka bentuk sesuai untuk ruang terhad.

Malah, mampu menghasilkan produktiviti sebanyak empat kali ganda atau lebih berbanding kaedah konvensional kerana konsep baharu tersebut tidak dipengaruhi oleh persekitaran dan perubahan cuaca.

Bukan itu sahaja, kaedah ini juga membantu petani generasi baharu mampu menjana pendapatan lumayan.

Ini kerana teknik itu menghasilkan pengeluaran yang mampan dan dalam masa sama menjimatkan kos ekoran tanaman dapat dilaksanakan tanpa faktor kesuburan tanah.

Tanaman yang sesuai melalui kaedah ini adalah salad dan tomato.

Kaedah itu juga mampu sekali menarik minat golongan muda menceburi bidang pertanian.

“Kaedah ini membolehkan petani mendapatkan hasil tani sepanjang tahun kerana terhindar daripada perubahan cuaca ekstrem seperti banjir, ribut, kemarau atau hujan lebat.

“Malah penggunaan air dan baja yang efektif membantu petani menjimatkan kos selain amat mudah digunakan tanpa perlu latihan kursus kerana ia dicipta bagi membolehkan suasana pertanian bandar tercipta.

“Lebih menarik, ia boleh dituai mengikut masa dan keadaan yang dikehendaki. Ini membolehkan petani mendapat hasil berganda bagi seunit kawasan,” ujarnya.

Tambahnya, penyelidik MARDI berjaya menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi meningkatkan hasil pengeluaran sayuran yang mampan menerusi sistem semaian dan tanaman menggunakan sistem pencahayaan daripada lampu yang mampu mencegah tanaman daripada serangga perosak dan penyakit.

Teknologi terbaharu itu memberi kesan positif kepada sosial dan alam sekitar dengan memupuk kesedaran kesihatan ke atas sisa baki kimia, indeks bangunan hijau (GBI), persijilan Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP) dan persijilan Amalan Pengilangan Baik (GMP) selain membantu meningkat ekonomi serta diterima oleh komuniti bandar.

Tambah Mohd. Syaifudin, prototaip kilang tanaman telah dibina sejak 2014 dan simulator kilang dan kilang tanaman berskala besar dibina bermula 2016 bukan sahaja infrastruktur kos efektif malah menjimatkan tenaga.

Katanya, kesan pencahayaan memberi kesan terhadap pertumbwuhan kualiti salad, justeru pemilihan LED yang sesuai wmembantu menghasilkan salad yang berkualiti tinggi.