Terbaharu, baja cecair ciptaan inovasi anak tempatan, Fastgrow yang dihasilkan oleh MQH Resources Sdn Bhd. dilihat bakal mencetuskan fenomena baharu dalam dunia baja cecair. Dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera, Fastgrow memiliki kelebihannya yang tersendiri berbanding inovasi jenama cecair lain.

Menurut Pengarah Pemasaran, MQH Resources Sdn. Bhd., Hamzah Hamid, baja cecair atau lebih dikenali sebagai baja foliar (daun) merupakan alternatif terbaik bagi membantu pertumbuhan pokok.

“Seperti mana yang kita ketahui Malaysia sering dilanda musim panas yang pastinya menyukarkan penyerapan pokok terhadap baja sedia ada.

“Oleh demikian baja foliar atau cecair ini merupakan alternatif bagi memudahkan penyerapan nutrisi oleh pokok,” katanya.

Menggunakan formula khas hasil kajian selama bertahun-tahun, Fastgrow yang dihasilkan adalah untuk meningkatkan mutu dan kualiti hasil tanaman untuk jangka masa panjang.

Pengguna hanya perlu menyembur baja cecair ini pada batang, buah mahu pun daun bagi membantu pokok kembali segar dan sihat.

Kedengarannya agak pelik, mengapakah mesti pada batang dan bukannya di tanah untuk proses penyerapan oleh akar, MQH Resources Sdn. Bhd. ada alasan mereka tersendiri.

Jelas Hamzah, baja cecair Fastgrow berfungsi tidak seperti baja biji yang memerlukan air untuk proses melarut sebelum di serap oleh akar pokok.

“Oleh kerana Fastgrow merupakan baja cecair jadi ia boleh diserap oleh mana-mana bahagian pokok yang masih hidup seperti batang, buah, daun (untuk sayuran berdaun) dan pelbagai lagi bahagian pokok.

“Baja ini bersifat nutrisi tambahan (supplementary) yang bertindak untuk membaik pulih keadaan pokok yang bermasalah,” katanya.

Tambahnya lagi, Fastgrow juga tiada masalah untuk digunakan bersama baja tabur yang lain.

Terdapat sesetengah penguna yang menggunakan Fastgrow bersama baja biasa dan baja cecair itu adalah sebagai ‘makanan tambahan’ kepada pokok.

Menerusi ujian lapangan, baja Fastgrow juga dilihat dapat meningkatkan kesuburan dan produktiviti tanaman.

“Kita boleh lihat perbezaan sebelum dan selepas petani menggunakan produk ini kerana penghasilan kuantiti buah yang banyak diperoleh setelah beberapa menggunakannya.

“Dalam menghasilkan kuantiti tanaman yang lebih baik dan berkualiti, baja cecair ini tidak mencederakan fizikal pokok pada jangka masa panjang,” katanya.

Baja cecair itu diformulasikan dengan bahan-bahan yang seimbang dan cekap dalam memberi kelebihan serta penekanan kepada pemulihan pokok.

Pokok sihat pastinya dapat meningkatkan penghasilan buah yang berkualiti serta berat buah yang dapat memberi kepuasan kepada pengguna.

Dalam masa yang sama, baja tersebut dapat membantu meningkatkan hasil pertanian, sekali gus meningkatkan ekonomi Malaysia dalam sektor tersebut ke tahap yang membanggakan.

Baja cecair itu sesuai untuk digunakan kepada semua jenis tumbuhan namun menurut Hamzah, pihaknya sedang memfokus kepada peningkatan hasil buah sawit.

“Ini kerana sawit merupakan komoditi utama negara ini. Kelebihan produk ini pada buah kelapa sawit adalah ia dapat meningkatkan penghasilan buah, OER (perbandingan minyak mentah kelapa sawit) dan kualiti pada buah,” katanya.

Selain dapat membantu industri kelapa sawit agar dapat terus berkembang dengan lebih baik baja tersebut juga dapat membantu pekebun kecil, peladang serta agensi kerajaan dan swasta dalam meningkatkan hasil ekonomi mereka dalam sektor pertanian amnya.

Fastgrow bantu petani 

Jika dahulu hasilnya hanyalah cukup-cukup menampung kos yang dikeluarkan bagi mengusahakan tanaman dan sedikit belanja dapur, kini Mohd. Ridzuan Yahya, 41, mampu tersenyum lebar. Biarpun usahanya tetap sama, terpaksa menahan terik mentari, badan sentiasa dibasahi peluh, namun segala usaha tersebut dilihat kian berbaloi.

Ujarnya, sebelum ini agak susah untuk mendapatkan kuantiti buah yang begitu banyak, besar dan cantik, tetapi setelah menggunakan produk baja cecair pokok yang ditanam semakin sihat dan mampu mengeluarkan hasil yang lumayan.

“Saya sendiri tidak menyangka akan mendapat peningkatan hasil sebegini kerana telah menggunakan pelbagai jenis baja sebelum ini.

“Tapi baja FastGrow ini agak lain daripada yang lain, kerana sebelum ini tanaman timun yang saya usahakan seluas tiga ekar hanya mampu mampu mengeluarkan hasil sekitar empat hingga lima tan sahaja, tetapi kini mencecah lapan tan,” akuinya.

Sebelum ini, dia menggunakan baja organik dan tidak pernah mencuba baja cecair.

Perkara yang sama juga turut diakui oleh pengusaha sawah padi, Mohd. Azman Bukhari, 53, yang telah mengusahakan tanaman tersebut hampir 20 tahun.

Mula mengusahakan sawah pada awal usia 20-an, Mohd. Azman turut memberi maklum balas yang positif setelah menggunakan baja cecair tersebut.

Katanya, biarpun baharu menggunakan produk itu untuk musim pertama penanaman padinya, namun keadaan padi yang menunduk serta butir isinya yang kelihatan penuh meyakinkan Mohd. Azman ia amat berkesan.

“Baja ini tidak seperti baja lainnya, saya lihat baja FastGrow yang saya gunakan mampu memulihkan keadaan pokok.

“Apabila pokok yang ditanam sihat, ia sekali gus menghasilkan buah (padi) yang lebih baik dan berkualiti,” katanya.

Selain memberi impak yang positif kepada pokok, ia juga mesra terhadap alam sekitar dan mudah untuk digunakan.

Hanya perlu bancuh bersama air (dilarutkan) mengikut kadar yang ditetapkan, kemudian di sembur (mist) ke arah batang pokok sahaja.

Walau bagaimanapun bagi Mohd. Noor Azhaar Amir, 33, dia menggunakan baja cecair tersebut sebagai baja tambahan kepada penggunaan baja sedia ada di ladang sawitnya.

Hasilnya, dia mampu menjimatkan penggunaan baja sedia ada dari 40 hingga 50 peratus setahun.

Jelas Mohd. Noor Azhaar, jika sebelum ini dia memerlukan anggaran 33 beg baja untuk keluasan ladang sekitar 10 hektar (ha). Kini, dia hanya memerlukan hanya separuh daripada jumlah tersebut dan selebihnya digantikan dengan semburan baja Fastgrow.

“Kelebihan baja cecair ini adalah ia lebih efektif ketika musim panas berbanding baja tabur sedia ada.

“Disebabkan ia berbentuk cecair dan penggunaannya secara semburan maka ia lebih cepat diserap oleh pokok,” katanya.