Dalam pertandingan Inovasi dan [email protected] Peringkat Kebangsaan 2018 (PNiCC'18) di sini Ahad lalu, produk itu bertujuan menjimatkan masa dan memudahkan perancangan perjalanan.

Menurut Khairi Haikal Ahmad Puad, produk yang dihasilkan bersama-sama Amira Izzati Ismail, Siti Nur Zaharah Azan dan Nurul Syakina Zainudin itu digunakan secara atas talian.

Mereka yang semuanya berusia 20 tahun dan merupakan penuntut jurusan Kewangan dan Perbankan Islam mereka cipta kemudahan dan sistem baharu tersebut dalam masa dua minggu.

“Dengan cara ini, kita boleh gunakan kad Touch n Go dengan cara sambungan terus ke laman sesawang untuk pembayaran tambah nilai melalui perbankan atas talian atau kad kredit.

“Menerusi cara ini kita tidak perlu lagi ke kedai serbaneka atau stesen minyak untuk tambah nilai kad Touch n Go,” katanya ketika ditemui dalam PNiCC'18 di [email protected] di sini.

Pesaing mereka, Ahmad Izzuan Mohd. Hamim, 21, dan Mohammad Ihtifadzuddin Marzuki, 22, iaitu dua penuntut Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Temenggong Ibrahim Larkin di sini mencipta Pengecas Mekanikal Mudah Alih.

Menurut Ahmad Izzuan, alat itu direka untuk mengecas pelbagai peralatan elektronik secara mekanikal dan juga tidak secara mekanikal selain tidak memerlukan banyak tenaga.

“Ini boleh membekalkan voltan yang diperlukan peralatan elektronik dengan lebih cepat dan mudah. Objektifnya adalah mencipta peranti mudah alih untuk mengecas pelbagai peralatan elektronik secara mekanikal,” katanya.

Bagi Haziq Asyraf Saipolamin, 22, Muhammad Hariz Izzuddin Ismail, 20, dan Alif Azlan Md. Rafi, 21, yang menuntut dalam jurusan Kewangan dan Perbankan Islam di PMJB, mereka berpuas hati dengan penghasilan inovasi Fa­shionable Hijab Extender.

Haziq Asyraf menjelaskan, produk itu direka dengan dwi fungsi mencakupi objektif penjagaan aurat ketika solat dan semasa penyusuan bayi secara te­rus di tempat awam.

“Inovasi ini bersifat mesra pengguna dengan material yang ringan dan sesuai digunakan oleh muslimah untuk aktiviti di luar rumah. Produk ini sangat kompak dan mudah disimpan.

“Ini juga memberi solusi pa­kaian muslimah berkadar segera dan praktikal dengan evolusi pemilihan warna yang menarik,” ujarnya.