Sekiranya cahaya persekitaran tidak mencukupi, gambar yang diambil pasti tidak begitu cantik dan kelihatan suram selain kurang menarik untuk dimuat naik ke media sosial sebagai perkongsian.

Menyedari permasalahan tersebut boleh diatasi, OPPO Malaysia kini memperkenalkan OPPO R17 Pro yang memiliki fungsi luar biasa seperti mampu menerangi gambar yang diambil walaupun dalam keadaan yang malap.

Manakan tidak, OPPO R17 Pro telah direka dengan kamera yang amat canggih untuk memastikan setiap detik berharga anda dapat dirakam tanpa mengira waktu.

OPPO R17 Pro
OPPO R17 Pro memiliki warna yang cukup menarik.

Untuk kamera belakang, ia mempunyai 20MP+12MP kamera serta Smart Aperture F/1.5+F/2.4 yang akan berubah mengikuti cahaya sekeliling untuk membekalkan Mod Malam Ultra yang paling dikagumi dalam pasaran kini.

Apabila berada dalam situasi yang kurang cahaya, F/1.5 aperture akan digunakan untuk mencapai fotografi malam yang cerah dan jelas.

Perbezaan gambar yang diambil mengguna mod biasa dan mod malam ultra dengan OPPO R17 Pro
Perbezaan gambar yang diambil mengguna mod biasa dan mod malam ultra dengan OPPO R17 Pro

Bagi penggemar swafoto pula misalnya, pengguna telefon bimbit ini bukan sahaja boleh menikmati kualiti gambar dengan kamera hadapan 25 Megapixel (F2.0) malah peranti mudah alih ini turut dilengkapi dengan cahaya lembut.

Berdasarkan penelitian Utusan Online, kamera keluaran model terbaharu OPPO R17 Pro ini dilengkapi dengan tujuh ciri utama seperti Mod Pakar, Mod Panorama, Mod Foto Biasa, Mod Potret, Video, Mod Malam Ultra dan AR Pelekat.

Jadi, pengguna boleh memilih mana-mana ciri untuk digayakan sewaktu mengambil gambar dengan peranti yang menggunakan sistem pemprosesan Qualcomm SDM710 Snapdragon 710 ini.

Menariknya lagi tentang OPPO R17 Pro ini adalah sistem keselamatannya yang cukup canggih kerana ia memerlukan si pengguna mengimbas cap jari untuk membuka telefon bimbit tersebut.

Pengguna OPPO R17 Pro boleh membuka kunci peranti
Pengguna OPPO R17 Pro boleh membuka kunci peranti mereka dengan menggunakan imbasan ibu jari sebagai langkah keselamatan.

OPPO R17 Pro bukan sahaja terdiri dengan kapasiti bateri Li-Po 3700 mAh serta SuperVOOC Flash Charge malah ia turut menyokong sambungan 4G LTE-A dengan Dual-SIM.

Harga pasaran bagi OPPO R17 Pro yang bersaiz 6.4 inci dengan resolusi 1080 x 2340 piksel (FHD+) ini adalah RM2,699 dan ia sudah boleh dibeli dari Kedai Konsep OPPO dan pengedar-pengedar yang sah di seluruh Malaysia. - UTUSAN ONLINE