Nokia 8.1 ternyata menyerlah dengan keupayaan pengimejan yang menakjubkan dikuasakan oleh Zeiss Optic, sensor kamera paling sensitif serta termaju dalam industri dan Penstabil Imej Optik (OIS). Nokia 8.1 dipasarkan di semua pengedar Nokia yang sah di seluruh negara bermula 18 Januari lalu , pada harga runcit yang disyorkan RM1,699.

Pengurus Negara (Malaysia dan Myanmar) HMD Global, Vijay Thangavelu berkata, Nokia 8.1 menetapkan standard yang lebih tinggi bagi segmen tersebut dengan prestasi yang dipertingkatkan menerusi pelbagai ciri ciri yang di[erkenalkan

Ia termasuk reka bentuk pemproses kelas pertama, dwi kamera dengan sensor temaju dalam industri, OIS dan Zeiss Optic untuk pengimejan terbaik dalam cahaya suram dan teknologi skrin Resolusi Definisi Tinggi (HDR) PureDisplay terbaru.

“Nokia 8.1 merupakan telefon pintar pertama keluaran HMD Global yang didatangkan dengan Android 9 Pie, membolehkan peminat menikmati inovasi Android yang terkini.

``Kami sentiasa mengutamakan pelanggan ketika membuat keputusan mengenai reka bentuk serta kejuruteraan produk kami dan memandangkan Nokia 8.1 begitu menyerlah,’’ ujarnya.

Prestasi pengimejan cahaya suram Nokia 8.1 yang mengagumkan terhasil daripada gabungan perisiaan serta perkakasannya yang sempurna. yang termaju di dalam industri dengan piksel besar 1.4 mikron yang berupaya memerangkap cahaya dengan tepat, menghasilkan imej yang sangat terperinci. Dengan kombinasi teknologi OIS dan autofokus terpantas.

Peranti ini membolehkan penggunan mengambil foto serta video yang jelas walaupun ketika tangan anda bergegar.Bukaan (apertur) nya yang lebar membolehkan pengguna mengambil foto yang tajam walaupun dalam suasana cahaya suram, membenarkan anda mengawal masa pendedahan secara manual dengan mod Pro Camera.

Kemampuan merakam swafoto yang terbaik pada waktu malam kerana keupayaannya merakam cahaya yang lebih banyak dengan menggabungkan empat piksel menjadi satu super piksel.

Serlahkan kreativiti dengan Pro Camera UI yang memberikan pengguna kawalan ke atas foto yang dihasilkan, atau tingkatkan gaya ra anda.

Nokia 8.1 dengan mudahnya membolehkan pengguna menikmati kandungan pada telefon pintar sehingga dua hari dengan hanya sekali cas.