Dikuasakan oleh Kirin 980 untuk pemprosesan dan hadir dengan sokongan penyejukan Vapor Chamber untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lebih lama kepada pengguna.

Bukan itu sahaja, ia juga adalah satu-satunya siri Mate20 yang disertakan dengan M-Pen untuk pengguna melakukan catatan yang lebih fleksibel seperti menulis atau membuat lakaran.

Dengan setiap pembelian Huawei Mate20 X, mereka akan menerima M-pen, sarung telefon dan papan kekunci tanpa wayar yang bernilai RM 199 tertakluk kepada terma dan syarat.

Mate 20 akan sentiasa diingati sebagai telefon yang boleh dicas dengan prestasi sepantas kilat dan bateri yang sangat tahan lama serta skrin lebar.

Walau bagaimapun, peranti ini juga menerima sedikit sebanyak kritikan berkaitan saiznya yang agak besar sehingga memerlukan dua tangan untuk memegangnya, berat serta skirn yang hanya menggunakan skrin paparan kristal cecair (LCD).

Dikuasakan dengan teknologi GPU Turbo 2.0 perkakasan dan perisian saling berganding bahu memacu kepantasan dan kuasa pengalaman permainan video.

Peranti ini sememangnya menyokong kepantasan, kelicinan dan kestabilan serta grafik permainan video yang intensif.

Dalam masa sama tiga kamera (tri-kamera) Leica yang dikuasakan oleh teknologi kepintaran (AI) menjadikan setiap gambar lebih menonjolkan ciri-ciri yang hidup, tekstur dan warna serta kecantikannya.

Direka bentuk dalam pelbagai senario, lensa kamera RGB, 40 megapiksel (MP) merakam setiap detik manakala kamera telefoto 8 MP akan memfokus jarak sudut dan lensa Leica sudut besar 20 MP amat sempurna untuk gambar landskap dan sudut makro.

Dalam pada itu, pengguna baru Mate 20 X secara automatik menjadi ahli VIP Mate 20. Dengan mengimbas kod QR di mana-mana kedai Huawei dan memuat turun aplikasi VIP Huawei dari Huawei AppGallery atau Google Play Store, pengguna hanya perlu mendaftar apabila memasuki laman VIP dan boleh memulakan perjalanan VIP mereka serta boleh menebus ganjaran sehingga RM 10,000.

Ia menawarkan skrin besar seluas 7.2 inci menggunakan panel Oled dan bateri berkapasiti 5000 mAh selain membawakan beberapa ciri-ciri daripada siri Mate 20 Pro, termasuk sokongan tri-kamera tersebut, 40 megapiksel dan kalis air IP53.

SPESIFIKASI

Harga : RM 3,199
Skrin : 7.2 inci
Bateri : 5000 mAh
Warna : Midnight blue dan phantom silver
Tiga kamera : 40 megapiksel, 20 dan 8 megapiksel