Apabila dipegang ia amat mengagumkan seperti memegang peranti mewah dengan reka bentuk terkini.

Satu lagi keistimewannya yang sangat mengujakan adalah peranti ini langsung tidak rasa panas walaupun ketika bermain permainan video, menggunakan sistem penentu kedudukan global (GPS), melayari media sosial dan serba boleh.

Peranti ini menggunakan cip Kirin 710 cip pertengahan dan bukannya cip kelas atasan.

Pengalaman rasa tidak panas semasa memegangnya merupakan satu kelainan.

Agak menakjubkan cip atasan Kirin 970 sebelum ini pada Huawei P 20 juga agak panas, tetapi cip Kirin 710 adalah cip yang paling cool pada harga mampu milik pernah diuji selain cip atasan Kirin 980 yang terdapat pada Huawei siri Mate 20.

Sudahlah begitu, ia pula dikuasakan oleh bateri yang berkuasa tinggi iaitu 4000mAh.

Dengan sekali cas sahaja mampu bertahan selama dua hari.

Memang menakjubkan!

Seperkara lagi yang amat mengujakan pada peranti ini adalah disokong dua kamera belakang (13MP + 2MPp) dan dua kamera depan (16mp + 2mp).

Selain itu, saiz 6.5 inci adalah sangat canggih dengan kemasan belakang berkilat sangat selesa untuk dipegang dan sangat luas ketika menonton video atau bermain permainan video.

Storan dalamannya juga tidak kurang hebat iaitu 64GB dan boleh dipertingkatkan menerusi kad mikro SD sehingga 400 GB.

RAM adalah bersaiz 4GB yang lebih daripada cukup untuk tugas harian.

Hanya satu yang mengecewakan tentang peranti ini iaitu masih menggunakan pengecasan melalui mikro USB. Sepatutnya peranti kini perlu dilengkapi dengan kabel pengecasan USB jenis C kerana kabel mikro USB adalah ketinggalan zaman.

Lebih-lebih lagi peranti ini dinamakan Y9 2019! Jika tidak ia adalah peranti hampir sempurna. Pendek kata, ini adalah peranti yang sangat berbaloi untuk dimiliki dengan reka bentuk moden dan boleh didapati dengan warna biru kehijauan kilat atau hitam kilat bergantung pada cita rasa masing-masing dan paling menarik peranti ini boleh didapati pada harga pasaran RM899 sahaja!

Spesifikasi

Paparan skrin: 6.5-inci FHD+ 19.5:9 (2340×1080)

Cip: Hisilicon Kirin 710 dengan GPU Turbo

Memori: 4GB+64GB

Kamera depan: 16M+2M, F/2.0 + F/2.4 apertur

Kamera belakang: 13M+2M, F/1.8 + F/2.4 apertur (bukaan)

Batteri: 4000mAh

Sensor pengimbas cap jari: Belakang peranti

Antaramuka: EMUI 8.1 (Dengan Android Oreo 8.1)

Saiz: 162.4 mm (tinggi) x 77.1 mm (lebar) x 8.05 mm (tebal)

Berat: 173 g