Dengan penambahbaikan yang dilakukan terhadap beberapa ciri, projektor berkenaan dibangunkan menggunakan teknologi pemancar laser mekanikal elektronik mikro (MEM) yang mampu menghasilkan kontras yang tinggi sehingga 5000:1.

Selain itu, ia boleh memancarkan paparan sehingga seluas 200 inci dari jarak 5.1 meter serta beresolusi tinggi (HD) yang mampu menghasilkan paparan yang jelas, tajam dan kecerahan yang memuaskan pada dinding atau skrin rata.

Bukan itu sahaja, projektor MEMS kecil yang dibina ke dalam Neffos P1 juga menggunakan kuasa yang kurang, membolehkan peranti itu memancarkan projektor secara berterusan sehingga empat jam dengan bateri sebesar 4,000mAh.

Lebih menarik, ia mempunyai pembetulan gambar pintar, jadi pengguna tidak perlu melakukan kerja tambahan untuk menjajarkan gambar dengan dinding atau skrin apabila telefon diletakkan pada sudut yang canggung.

Ia juga didatangkan dalam bentuk dan saiz yang kompak iaitu hanya setebal 10 milimeter dengan berat 203 gram membolehkan peranti projektor mudah alih ini mudah dibawa ke mana-mana sahaja. – INTAN SUHANA CHE OMAR