Antara kelebihan yang ditawarkan ialah keupayaan zoom yang menarik iaitu menyokong 50 kali zoom optikal, 10 kali zoom hibrid dan sehingga 50 kali zoom.

Selain itu, ia turut didatangkan dengan ISO sehingga 409600, menampilkan Sensor Super Spectrum Huawei yang inovatif, teknologi penstabilan imej optikal dan kecerdasan buatan (AI) serta mampu menghasilkan gambar yang cantik dalam pelbagai situasi.

Timbalan Pengarah Negara, Kumpulan Perniagaan Pengguna, Huawei Malaysia, Matthew Ng berkata, pelancaran siri P ini bakal mengubah tanggapan pengguna terhadap fotografi menggunakan telefon.

“Hari ini, Siri Huawei P30 akan memainkan peranan penting peranan dalam mengubah jangkaan pengguna terhadap fotografi telefon pintar.

“Matlamat kami mengukuhkan tapak kami dengan melonjak ke hadapan sebagai peneraju teknologi dengan penyelidikan dan pelaburan kami yang berterusan untuk penemuan teknologi dan inovasi baharu.

Selain itu, P30 Pro disertakan dengan dilancarkan dengan penyertaan empat kamera di bahagian belakang. Lebih menarik, model ini hadir dengan kamera 40 megapiksel, 20-megapixel dan 8-megapiksel.

Turut disertakan bersama adalah lensa TOF dan juga kamera hadapan 32 megapiksel.

Spesifikasi

Huawei P30 dan Huawei P30 Pro

  • Paparan skrin : 6.1 inci 6.47 inci
  • Cip Pemprosesan : HiSilicon Kirin 980
  • Storan dalaman : 128GB, 128GB dan 256GB
  • Kamera : 40MP+16MP+8MP (belakang), 32MP (depan)
  • Bateri : 3,650mAh 4,200mAh
  • Warna : Aurora, Amber sunrise, breathing Crystal, Hitam dan putih mutiara.
  • Harga : RM2,699 dan RM4,399