Oppo turut melengkapinya dengan fungsi Mod Malam yang membolehkan pengguna mengambil gambar lebih menarik dan mempunyai fungsi Portrait Lighting. Ia untuk membolehkan pengguna menikmati penggambaran seumpama di dalam studio.

Kelebihan yang ada pada kamera belakang peranti ini pula ialah keupayaan mengambil gambar malam yang lebih baik dengan apertur (bukiaan) F1.5 pintar dan F2.4 pintar. Oleh itu, pengguna tidak perlu risau apabila mengambil gambar pada waktu malam kerana kamera peranti ini masih boleh membantu anda merakamkan saat-saat yang paling mempesona.

Pengarah Jenamanya, Nikki Chen berkata, pihaknya sentiasa menawarkan peranti yang dilengkapi dengan ciri-ciri menarik pada harga yang berpatutan.

“Kami faham bahawa mengambil gambar pada waktu malam boleh menjadi masalah dan kami ingin membantu meningkatkannya.

“Oleh itu, dengan Oppo R17 Pro, pengguna kini boleh dengan mudah mengambil gambar yang masih kelihatan hebat walaupun pada waktu malam,” katanya.

Lebih menarik, rekaan terbaharu ini juga disertakan dengan pengecasan pantas SuperVOOC yang boleh mengecas peranti dalam tempoh yang singkat iaitu sehingga 40 peratus hanya dalam tempoh 10 minit.

Walau bagaimanapun, pengguna tidak perlu khuatir kerana teknologi tersebut telah diiktiraf dan diluluskan oleh Pengujian dan Pensijilan Keselamatan TUV Rheinland.

Oppo R17 Pro mula dijual pada harga RM2,699 dan boleh didapati di Konsep Stor Rasmi dan pengedar yang sah atau secara dalam talian di Lazada, 11Street dan Shopee.