Ada yang lebih gemar menghabiskan tugasan di kedai-kedai kopi sambil menikmati kelazatan hidangan. Ini bermakna mereka perlu membawa komputer riba ke mana sahaja termasuk urusan berkaitan pejabat seperti mesyuarat, pembentangan dan sebagainya.

Tanpa disedari, sesetengah daripada kita menghidap sakit belakang kesan daripada ‘mengangkut’ komputer riba tidak kira untuk kerja atau riadah.

Kini, masalah tersebut boleh diatasi apabila Samsung Malaysia Electronics memperkenalkan Samsung Galaxy Tab A (2019, 8.0”) sebagai penyelesaian ‘satu untuk semua’ masalah.

Melalui tawaran harga mampu milik, pengguna boleh memiliki peranti terbaharu itu yang dijangka berbaloi untuk setiap ringgit yang dibelanjakan.

Bukan sahaja dilengkapi bateri tahan lama yang pastinya memudahkan dan tidak mengganggu urusan kerja, malah prestasinya amat laju dan lancar serta memiliki penyimpanan tambahan bagi membolehkan pengguna menyimpan bahan kerja dengan selamat.

Kepada mereka yang terpaksa melakukan pelbagai kerja dalam satu masa, Samsung One UI menyediakan susun atur dua kolum yang membolehkan pengguna melihat pelbagai kandungan dalam satu masa.

Lebih menarik, di bawah ciri Kids Home, kanak-kanak boleh mengakses kandungan video kegemaran dalam mod selamat. Dalam masa sama, ibu bapa boleh memantau dan menghalang anak menonton secara berlebihan melalui had ketetapan masa bermain.

Spesifikasi

Paparan:
8.0 inci
Saiz : 210.0 x 124.4 x 8.0mm
Resolusi:1280 x 800 (WXGA)
Sistem operasi: Quad-Core
Kamera: 8MP AF + 2MP
Simpanan: 2GB + 32GB
Berat: 347 g
Bateri: 5,100mAh
Warna: Kelabu, hitam
Harga: RM599