Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sam­­sung Electro­nics, B. K. Yoon berkata, 35 daripada anugerah itu diperoleh menerusi reka bentuk produk, empat bagi reka bentuk konsep profesional, tujuh bagi reka bentuk komunikasi dan tiga lagi reka bentuk pembungkusan.

“Menaik taraf sesebuah pro­duk adalah mudah, namun meningkatkan taraf gaya hidup para pengguna adalah sukar.

“Kami akan terus berusaha untuk menghasilkan reka bentuk yang menghibur dan meme­nuhi kehendak pelanggan menerusi inovasi menum­pukan pengguna,” kata­nya pada acara itu di sini hari ini.

Samsung menerima anugerah Emas bagi kompu­ter desktop premium, ArtPC Pulse yang meng­integrasikan komputer peribadi berprestasi tinggi dalam kerangka berbentuk silinder.

Komputer tersebut mampu mengembangkan fungsi­nya dengan modul tambahan bagi penyimpanan HDD dan pembesar suara 360 darjah dalam struktur yang boleh diubahsuai.

ArtPC Pulse direka de­ngan gaya minimalis menggunakan bahan logam sepenuhnya, serta butang dan port yang semuanya terletak di bahagian belakang produk terbabit.

Selain itu, produk Samsung lain yang turut me­nerima anugerah termasuk telefon pintar siri Galaxy S7 dan Galaxy C9 Pro, jam ta­ngan pintar Gear S3, te­levisyen premium SUHD TV, peti sejuk dan mesin basuh. – agensi