Pengurus Jenama Realme Malaysia, Tiffany Teh berkata, kedua-dua produk tersebut mengutamakan gaya dan prestasi, sesuai dengan kehendak pasaran khususnya dalam kalangan golongan muda.

Menurut beliau, Realme 3 Pro yang menawarkan prestasi hebat tetapi menjimatkan hayat bateri, paparan yang lebih jelas serta reka bentuk yang menarik boleh diperoleh menerusi Lazada Malaysia.

REALME C2
REALME C2 

Manakala produk Realme C2 yang boleh didapati menerusi Shopee Malaysia pula katanya, sesuai untuk mereka yang lebih mementing paparan skrin lebih luas, di samping kemampuan prestasi lebih tinggi.

“Teknologi digital adalah sangat kompetitif, justeru setiap jenama bertangggungjawab meningkatkan keupayaan secara konsisten melalui kajian mendalam di samping pembangunan perkakasan dan perisian.

“Setiap jenama perlu mendengar maklum balas daripada pengguna dan memahami kebimbangan mereka dengan menghasilkan produk yang memenuhi permintaan setiap pengguna,” katanya dalam kenyataan di sini har ini.

Sementara itu, Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata, pihaknya menjangkakan Realme C2 mampu mendapat permintaan yang baik dalam kalangan pelanggannya berdasarkan ciri-ciri pada peranti tersebut.

“Walaupun Realme adalah jenama baharu tetapi mereka bergerak pantas dan mampu mengeluarkan produk-produk yang dapat bersaing di pasaran. Sebab itulah kami yakin dengan produk ini,” katanya. - UTUSAN ONLINE