Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pesona peranti jenama mewah

Mereka yang memiliki peranti jenama mewah pastinya mementingkan
Mereka yang memiliki peranti jenama mewah pastinya mementingkan gaya dan kuasa.

Telefon pintar merupakan antara peranti wajib bagi kita masa kini.

Segala keperluan harian bermula daripada bekerja, bersosial dan berhibur peranti atau gajet pintar memainkan peranannya.

Walau bagaimanapun kegilaan terhadap teknologi tersebut tidak terhenti setakat penggunaannya atau fungsinya semata-mata.

Kini terdapat juga gajet pintar yang dikeluarkan khas sebagai suatu simbolik, penghargaan atau pun bernilai eksklusif.

Sebagai contoh, telefon pintar mewah 88 Tauri, yang dikeluarkan oleh syarikat Lamborghini, nama yang tidak asing di dalam industri Supercar dunia.

Dinamakan Lamborghini 88 Tauri, reka bentuk telefon pintar itu dilihat sangat menarik sekaligus mengekalkan legasi Lamborghini yang terkenal dengan hasil kerja yang sangat eksklusif.

88 Tauri dihasilkan bersama tradisi reka bentuk jenama tersebut yang sangat terkenal dengan gaya agresif serta menyerlahkan kecanggihan serta glamor.

Gajet tersebut disertakan pilihan warna hitam, emas dan warna asal yang digabungkan dengan pelbagai pilihan kulit luaran juga dengan pelbagai warna.

Gajet pintar mewah kebiasaannya mempunyai reka bentuk yang menarik dengan spesifikasi biasa, namun bagi Lamborghini 88 Tauri mempunyai kedua-duanya elemen yang diperkatakan.

Mampu menyaingi hampir ke semua telefon pintar, 88 Tauri di bina daripada logam titanium sebagai binaan utama.

88 Tauri didatangkan bersama skrin paparan 1080p 5-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 801 berkelajuan 2.3 GHz dan 3GB RAM.

Dijana oleh Android 4.4, Lamborghini 88 Tauri juga dilengkapi pemproses 2.3GHz quad-core Qualcomm Snapdragon 801 bersama 3GB RAM.

Selain itu, peranti itu juga memiliki 64GB kapasiti memori dalaman, kamera utama 20 megapiksel (MP), kamera hadapan 8MP dan bateri berkapasiti 3,200mAh yang dikatakan mampu menawarkan waktu panggilan sehingga 35 jam.

Seperti juga harga kereta jenama tersebut, 88 Tauri pasti bernilai lumayan dan mewah dan dianggarkan mencecah RM 20,942.

Sebanyak 1974 unit 88 Tauri sahaja akan dipasarkan dan ia adalah bersempena dengan tahun kelahiran pengasas Lamborghini, Tonino Lamborghini.

Seterusnya adalah Huawei Mate 9 Porsche Design yang direka bersama gaya yang tersendiri. Seperti kelazimannya, gajet pintar dilengkapi pelbagai aplikasi yang menarik dan terkini apatah lagi Huawei Mate 9 Porsche Design.

Huawei Mate 9 Porsche Design didatangkan bersama pemproses Octa-core (4x2.4 GHz Cortex-A73 & 4x1.8 GHz Cortex-A53) CPU dan 6 GB RAM.

Peranti itu juga memiliki 256 GB simpanan dalaman storage dan 5.5-inci skrin sesentuh AMOLED 1440 x 2560 piksel (534 ppi) bersama sokongan WiFi, NFC, GPS, 3G dan 4G LTE.

Dikuasakan oleh bateri binaan dalam Li-Po 4000 mAh, Huawei Mate 9 Porsche Design mampu bertahan lebih lama berbanding gajet pintar sebaris dengannya.

Peranti tersebut hanya seberat 169 gram (g), dijana oleh Android OS, v7.0 (Nougat) dan dijual pada kadar harga RM7000.

Seterusnya adalah Vertu Aster Chevron yang merupakan gajet mewah kelas pertengahan.

Membawa jenama Vertu, peranti terbaharu yang mereka hasilkan dilengkapi Ia dilengkapi skrin 4.2 inci IPS LCD, dijana oleh pemproses Snapdragon 801 dan RAM setinggi dua gigabit (2GB).

Gajet ini masih menggunakan platform peranti ini masih menggunakan Android 5.1 selain unit penyimpanan setinggi 64GB.

Kamera utamanya juga hanya mempunyai resolusi 13 megapiksel (MP) Hasselblad dan kamera hadapan hanya 2.1MP.

Bagi membolehkan gajet tersebut bertahan lama, kuasa Vertu Aster Chevron dijana oleh bateri 2275 mAh bersama sokongan pengecasan wayarles Qi.

Vertu Aster Chevron didatangkan bersama beberapa pilihan kemasan kulit daripada haiwan eksotik seperti ular sawa.

Dikatakan antara peranti mewah berharga mampu milik, Aster Chevron cuma berharga RM16,920 kerana kebiasaannya peranti dari jenama ini dijula pada kadar harga mencecah RM 50,000 seunit.

Mengulas mengenai penggunaan jenama mewah dalam peranti pintar Timbalan Pengarah Negara, Kumpulan Perniagaan Pengguna Huawei (Malaysia), Matthew Ng berkata, terdapat kalangan pengguna yang menggunakan telefon pintar bagi melengkapi gaya hidup mewah

“Produk kami Huawei Mate 9 rekaan Porsche Porsche merupakan telefon pintar yang menjadi kebanggaan sesiapa sahaja untuk memilikinya,’’ ujarnya.

 

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain