Lambakan telefon pintar dalam pasaran masa kini dilengkapi pelbagai teknologi canggih juga membolehkan pengguna lebih bijak memilih gajet untuk kegunaan harian mereka.

Justeru, pengeluar telefon bimbit Nokia, HMD Global turut tidak mahu melepaskan peluang untuk bersaing di pasaran dengan melancarkan telefon pintar terbaharu, Nokia 8.1.

Menurut Pengurus Besarnya, T. Vijay, Nokia 8.1 merupakan telefon pintar baharu yang dilancarkan selepas menaik taraf Nokia 7 plus mempunyai keupayaan pengimejan yang menakjubkan dikuasakan oleh Zeiss Optic, sensor kamera paling sensitif serta termaju di dalam industri dan Penstabil Imej Optik (OIS).

Sempena pelancaran itu, sekumpulan pengguna diminta memberi maklum balas dengan meggunakan telefon itu untuk mengambil gambar di sekitar ibu negara dalam program dinamakan Exercise, Experience, Express.

“Nokia 8.1 telah menetapkan piawaian yang lebih tinggi menerusi reka bentuk pemprosesan yang terbaik, dua kamera dengan sensor yang canggih, OIS dan Zeiss Optic untuk pengimejan terbaik di dalam cahaya suram,” katanya.

Mengulas lanjut, Vijay memberitahu bahawa Nokia 8.1 merupakan telefon pintar pertama keluaran HMD Global yang dilengkapi Android 9 Pie di samping mempunyai paparan skrin definisi tinggi penuh dengan saiz 6.18 bagi membolehkan anda menikmati filem serta aplikasi kegemaran pada skrin yang besar dengan selesa.

“Peranti mudah alih ini juga dilengkapi dengan kamera utama 20MP dan kamera hadapan 12 MP dengan kombinasi teknologi Penstabil Imej Opitik (OIS) dan autofokus terpantas membolehkan imej dirakam dengan jelas meski pun cahaya suram.