Honor 7X merupakan siri Honor pertama yang menampilkan paparan skrin penuh, 5.93 inci yang memberikan kualiti paparan luar biasa apabila pengguna dapat menikmati imej terbaik menerusi peranti ciri pertengahan yang cukup istimewa.

Di samping itu, peranti yang menampilkan rekaan luar yang sedikit berbeza berbanding model Honor lain menerusi panel hadapan skrin hampir penuh yang disertakan dengan resolusi definisi tinggi (HD) penuh.

Peranti ini dijana dengan sistem Android 7.0 Nougat dan disertakan bersama sistem antara muka EMUI 5.1.

Lebih istimewa, ia juga didatangkan dengan fungsi menarik seperti Gesture Trigger, iaitu fungsi gerakan khas untuk mereka yang gemar berswafoto.

Selain itu, ia juga dihadirkan dengan teknologi penjimatan kuasa menerusi ciri Mod Penjimatan Kuasa Ultra. Dengan hanya sekali pengecasan sehingga 3340 mAh, Honor 7X mampu bertahan lebih daripada satu hari.

Ini membolehkan pengguna untuk menikmati muzik mahupun rancangan kegemaran tanpa risau.

Honor 7X dikuasakan dengan cip Kirin 659 bersama RAM 4 GB dan storang 64 GB. Ia juga disertakan dengan ruangan kad micro SD dan dwi-SIM.

Sementara itu, lensa kamera pula dibina bersama dwisensor 16 Megapiksel + 2 Megapiksel f/2.2

Didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu biru dan hitam, Honor 7X dijual pada harga RM1, 099.

SPESIFIKASI

Paparan: 5.93-inci, paparan penuh, 1080 x 2160 piksel
Kamera Utama: 16MP (PDAF) +2MP
Kamera hadapan: 8 MP
RAM: 4 GB
Storan: 64 GB (sehingga 256 GB)
Prosesor: 2.36 GHz, Octal-core Kirin 659
Bateri: 3340 mAh
Sistem operasi: Android 7.0 + EMUI 5.1
Berat: 165 g
Saiz : 156.5x75.3x7.6 mm
Warna: Biru dan hitam