Baru-baru ini, syarikat tersebut memperkenalkan edisi terbaharunya iaitu Nova 4 yang lengkap dengan inovasi Paparan Penuh Punch yang pertama di negara ini, reka bentuk premium canggih dan teknologi kepintaran buatan (AI).

Pengarah Pemasaran Produk Huawei Malaysia , Luke Au berkata, rekaan siri Nova menyasarkan kepada golongan muda yang sentiasa mengikut aliran semasa.

“Justeru, kami menambah baik dari segi pengalaman fotografi dan revolusi teknologi AI untuk kepuasan pengguna,” katanya.

Nova 4 dilengkapi kamera 24 megapiksel terkecil dengan saiz hanya 3.05 milimeter (mm) di bawah skrin paparan selain diletakkan di bahagian atas kiri skin. Menurut kajian kawasan tersebut tidak disentuh ketika menggunakan telefon bimbit.

Malah Nova 4 yang turut didatangkan dengan tiga kamera itu dilengkapi penstabil video bagi membolehkan pengguna merakam tanpa gegaran.

Bagi mereka yang sukakan kelainan, fungsi terbaharu seperti nada dering video turut diperkenalkan. Kini, telefon anda pasti luar biasa apabila video yang tersayang tertera setiap kali menerima panggilan daripada mereka.

SPESIFIKASI

Paparan : 6.4 inci Paparan Penuh ‘Punch’ (2310X1080)
Prosesor : Kirin 970, 
Octa-Core CPU
Memori: RAM 8GB
Perisai : EMUI 9.0, GPU Turbo
Kamera depan: 
25 megapiksel
Kamera belakang: 
20 megapiksel + 
16 megapiksel + 
2 megapiksel
Saiz: 157 X 75.1 X 7.77mm
Berat: 172 gram
Bateri : 3,750 mAh
Warna: Biru dan hitam
Harga : RM1,899