Telefon pintar kelas permulaan itu didatangkan dengan pengimejan cahaya suram dikuasakan kepintaran buatan (AI) yang serba canggih dan butang khas Google Assistant, semuanya pada harga yang sangat menarik.

Nokia 2.2 merupakan telefon pintar siri 2 Nokia pertama yang menyertai program Android One, membolehkan pengguna menikmati sepenuhnya pengalaman Android terbaru.

Dilengkapi dengan Android 9 Pie, Nokia 2.2 akan menerima naik taraf sistem operasi (OS) selama dua tahun dan tiga tahun kemas kini keselamatan bulanan, memastikan ia mendapat akses kepada semua inovasi terkini Android.

Ia membawakan pengalaman AI terbaik seperti pengimejan cahaya suram tercanggih dan Google Lens kepada lebih ramai pengguna berbanding sebelumnya.

Nokia 2.2 merupakan telefon pintar pertama dalam sirinya yang menyertai keluarga Android One, memanjangkan lagi purata hayat telefon pintar, memastikan peranti anda kekal segar dengan kemas kini keselamatan secara berkala.

Hayat Nokia 2.2 juga dijamin kerana sedia untuk menerima Android Q serta inovasi Android yang seterusnya.

Kameranya akan mengambil beberapa imej serentak dan menggunakan algoritma termaju menghasilkan satu imej yang lebih cerah, sangat jelas dan kurang herotan.

Fotografi Resolusi Definisi Tinggi (HDR) merakam warna-warna dengan julat dinamik yang lebih besar dalam setiap gambar.

Jadikan foto anda lebih menarik dengan Google Photo dikuasakan AI yang menampilkan ciri-ciri seperti ‘Colour Pop’ yang menarik perhatian terhadap subjek anda.

Colourise menjadikan imej monokrom berwarna-warni sepenuhnya dan ‘Beautify’ menyerlahkan lagi ciri-ciri semula jadi bagi menghasilkan swafoto terbaik.

Selain itu, peminat turut mendapat akses kepada trend teknologi terkini dengan ‘nyah kunci wajah’ dan Google Lens.

Nokia 2.2 didatangkan dengan ciri nyah kunci wajah biometrik yang membolehkan anda mengakses telefon anda dengan mudah.

Selain Nokia 2.2, tidak banyak telefon pintar lain dalam segmen berkenaan dilengkapi dengan ciri serupa.

Apa yang membuatkan Nokia 2.2 berbeza dengan telefon lain yang sama harga dengannya adalah ciri nyah kunci dikuasakan AI yang dimilikinya menggunakan algoritma deep learning dan liveliness detection bagi memastikan pengesahan wajah dibuat dengan tepat dan kalis penipuan.

Google Lens membolehkan anda mencari apa yang dilihat dengan hanya menghalakan lensa kamera ke arah produk yang anda suka. Ia akan memberitahu bagaimana anda boleh membelinya.

Halakan lensa pada kulit album bagi mengetahui muzik terbaru untuk distrim melalui perkhidmatan muzik seperti Spotify.

Nokia 2.2 turut menawarkan trend terbaru dalam reka bentuk skrin, menampilkan paparan hujung ke hujung tampak moden dengan‘notch’swafoto yang tidak terlalu menonjol, memaksimumkan permukaan skrin sementara mengekalkan saiznya yang kecil.

Paparannya dilengkapi dengan kecerahan 400nits, memberikan pengalaman yang lebih terang untuk melihat kandungan.

Semuanya dikuasakan oleh cipset Quad Core MediaTek A22 CPU yang direka bagi mengoptimumkan penggunaan bateri supaya cas bateri anda mampu bertahan sepanjang hari.