Oleh itu, sebelum membeli sesebuah peranti, perkara yang sangat penting dan wajib diketahui adalah cip pemprosesan kerana faktor inilah yang akan menentukan prestasinya.

Berdasarkan paparan jadual yang disertakan ditunjukkan bahawa disebabkan cip pemprosesan ini adalah `otak’ peranti, ia sekali gus mempengaruhi harga sesebuah peranti itu.

Semakin canggih sesuatu cip pemprosesan itu, semakin tinggi harga peranti tersebut.

Juga tidak ramai tahu yang cip pemprosesan didatangkan dengan fabrikasi tersendiri yang diukur dengan saiz nanometer (nm).

Semakin kecil saiz fabrikasi, semakin hebat kuasa cip pemprosesan itu dan semakin mahal cip tersebut. Sebagai contoh, cip pemprosesan Snapdragon 855 yang berfabrikasi 7nm dalam peranti Samsung S10 sangat-sangat hebat atau efisien kuasa berbanding cip pemprosesan Mediatek 6750 yang berfabrikasi 28nm pada peranti Asus Zenfone Max Plus. Justeru, faktor ini mempengaruhi daya tahan kuasa bateri.

Namun, ada sebuah peranti yang sangat aneh dan boleh dikatakan mesra harga pengguna.

Ia datang dengan spesifikasi dengan cip pemprosesan yang tinggi iaitu Snapdragon 845 tetapi dengan harga mampu milik iaitu di bawah RM1,500 sedangkan peranti-peranti lain yang menggunakan cip pemprosesan yang serupa berharga lebih dari RM2,500.

Tahukah anda peranti yang mana saya maksudkan? Beri tepukan pada Pocophone F1, peranti Xiaomi yang dilancarkan pada Ogos tahun lepas.

Kesimpulannya, cip pemprosesan memainkan peranan yang amat penting dalam sistem operasi sesebuah peranti itu. Diharap tip kali ini dapat membantu anda setiap kali membeli atau membelek-belek peranti di kompleks beli belah

Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa ada faktor-faktor lain juga yang menyumbang kepada prestasi sesebuah peranti seperti kapasiti RAM, storan dalaman, kecepatan gigahertz, dwiband dan banyak lagi yang akan kita bahaskan dalam ruangan Tip Gajet akan datang.