Sebelum ini warna yang ditawarkan untuk model berkenaan adalah twilight, hitam, midnight blue dan merah jambu keemasan.

Memasuki pasaran Malaysia sejak 18 September lalu, telefon berkenaan diilhamkan daripada warna semula jadi dan bersesuaian kepada pengguna yang sukakan unsur keunikan.

Ia diperbuat daripada Nacre atau dikenali juga sebagai ibu mutiara yang merupakan bahan komposit organik sebagai lapisan kulit dalaman.

Campuran konstruktif dan destruktif daripada pelbagai panjang gelombang cahaya menghasilkan warna yang berbeza apabila dilihat pada sudut yang berbeza cahaya insiden.

Ditawarkan pada harga runcit RM 2,949, model itu kini boleh didapati untuk pesanan dan boleh dibeli pada https: //shop.huawei.com/my.

SPESIFIKASI

Dimensi : 155 x 73.9 x 7.8 mm (6.10 x 2.91 x 0.31 in)
Berat : 180 g
Paparan : 6.1 inci, 93.9 cm persegi
Resolusi : 1080 x 2240 piksel, 18.7:9 ratio (408 ketumpatan piksel perinci (ppi)
Sistem operasi (OS) : Android 8.1 (Oreo)
RAM : 256 GB, 8 GB RAM 128 GB, atau 6 GB RAM
Bateri : Li-Po 4000 mAh