Bahkan, ia terus membuat kejutan dengan mengumpul seramai 12,000 pengikut di Kedai Rasmi Realme di Shopee! Asas peminat yang kukuh ini dijangka terus berkembang, sejajar dengan usaha jenama ini dalam menghasilkan telefon pintar inovatif yang memecah rekod bagi memenuhi permintaan dan keperluan golongan muda.

Mengulas kejayaan tersebut, Pengurus Jenama Realme Malaysia, Tiffany Teh berkata, pihaknya berbesar hati kerana mendapat sambutan begitu tinggi daripada rakyat Malaysia walaupun jenama ini masih ‘muda’ di Malaysia.

“Bilangan 12,000 pengikut sememangnya satu pencapaian cukup hebat! Kami amat menghargai semua peminat dan mengambil kesempatan ini bagi mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepadamereka. Sokongan yang ditunjukkan mereka sangat memberangsangkan,’’ ujarnya.

Setelah Realme 2 Pro mencapai kejayaan menerusi tiga acara jualan dalam talian di Shopee, pihaknya berazam untuk terus membuat peningkatan bagi membekalkan anak-anak muda di negara ini dengan telefon pintar yang dapat memenuhi keperluan mereka.

“Selepas Realme 2 Pro dijual sampai habis stok di Shopee 11.11 Big Sale dan seterusnya dinobatkan sebagai ‘Juara Telefon Pintar’ di ‘Men’s Festival’ membuatkan kami sedar telefon pintar ini tiada tandingan!

Kejayaan Realme 2 Pro termasuk merangkul gelaran ‘Produk Paling Laris’ di ‘Shopee 11.11 Big Sale’, memecah rekod jualan pertama di Shopee dalam kalangan semua jenama lain.