Telefon pintar berkenaan yang merupakan ‘ahli’ baharu dalam keluarga Galaxy A iaitu Samsung Galaxy A80 dilengkapi dengan sokongan kamera belakang yang boleh dinaikkan secara mekanikal dan boleh diputar.

Oleh itu, teknologi terbaharu ini membolehkan pengguna untuk mengadakan live atau siaran langsung dengan lebih cekap dan berkongsi lebih banyak interaksi langsung bersama rakan-rakan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Teknologi Maklumat (IT) dan Komunikasi Mobil Samsung Elektronics, DJ Koh berkata, evolusi ini menandakan perubahan Samsung dari era swafoto kepada era interaksi langsung untuk memberikan pengalaman komunikasi yang lebih bermakna kepada penggunanya.

“Pengguna adalah segala-galanya dalam segala yang kami lakukan dan mereka mencari peranti peribadi yang spesifik kepada kehidupan mereka. Berbekalkan kepakaran kami, keupayaan global dan pemahaman pengguna yang baik, Samsung berada pada kedudukan unik dalam menyediakan inovasi untuk semua orang.

“Galaxy A Series menyediakan pelbagai model supaya semua orang boleh memilih peranti yang sesuai dengan keperluan unik mereka dan membolehkan mereka untuk meneruskan keinginan. Galaxy A80 menawarkan ciri-ciri premium untuk pengguna yang ingin terlibat sepenuhnya dalam Era of Live (interaksi langsung).

Selain itu, telefon pintar itu menggunakan teknologi tri-kamera dengan kamera utama 48MP. ketiga-tiga kamera secara automatik muncul dari belakang telefon dan berputar.

Mekanisme kamera yang inovatif memberikan pengalaman kamera tiga kali ganda yang luar biasa dengan lensa resolusi tinggi yang sama, depan dan belakang sehingga anda tidak perlu mengorbankan kualiti.

SPESIFIKASI

Skrin : 6.7-inci super Amoled
Keselamatan : Pengimbas cap jari
Memori : 8GB RAM
Storan : 128GB
Bateri : 3700mAh
Kamera : 48 MP
Warna : Emas, putih, hitam