Justeru, Kumpulan Perniagaan Pengguna Huawei baru-baru ini memperkenal Huawei EInova 3E yang lengkap dengan spesifikasi terbaharu dan terkini seperti sistem EMUI 8.0, paparan penuh 2.0 dan kamera kembar selain turut dimuatkan teknologi algoritma kecantikan semula jadi.

Direka khas untuk belia, sudah pastinya rekaan telefon pintar ini melengkapi segala keperluan anak muda terutama dalam aspek media sosial.

Skrin paparan penuh 2.0 bersaiz 5.84 inci pasti meningkatkan pengalaman menonton atau membaca yang lebih baik dengan kelebihan warna yang terang dan jelas.

Huawei EInova 3E juga dilengkapi dengan teknologi peningkatan warna untuk meningkatkan ketepuan imej, menjadikan warna kelihatan lebih tepat dan nada kulit yang semula jadi.

Teknologi enjin grafik 2D Huawei EInova 3E membantu meningkatkan detail yang halus bagi memberi gambaran sebenar.

Selain itu, telefon pintar ini juga dilengkapi panel kaca melengkung dengan sudut dan reka bentuk orbit selari pada kedua-dua rupa dan nuansa edgesfora yang menjadikan peranti ini lebih selesa digunakan untuk membaca, bermain permainan, menonton atau melayari Internet.

Hadir dengan pakej lengkap seperti kamera depan 24 megapiksel dan kamera berkembar belakang 16 megapiksel serta dua megapiksel pasti menjadikan gambar yang dirakam kelihatan jelas dan seolah-olah hidup.