Sebagai pengeluar telefon pintar, Vivo sentiasa peka terhadap perkembangan teknologi serta permintaan pengguna setia dan baharu. Kali ini syarikat tersebut memperkenalkan edisi S1. Ia pasti membuka mata pengguna yang obses terhadap ciri-ciri baharu serta terbaik dalam sesuatu produk telefon pintar.

Ia memperjudikan Halo FullView yang memberi kepuasan kepada pengguna untuk menonton atau membaca melalui skin bersaiz 6.38 inci tanpa sebarang halangan.

Sejak melancarkan teknologi pengimbasan cap jari dalam paparan, Vivo merupakan sebuah jenama yang menerajui kelebihan itu yang berjaya membawa pengguna ke satu pengalaman privasi yang lebih baik.

Hanya dengan satu sentuhan pada paparan, anda boleh membuka skrin dalam sekelip mata.

Dalam pada itu, S1 turut dilengkapi pelbagai kesan animasi yang menjadikan penggunaan telefon pintar lebih menyeronokkan dan tidak membosankan.

Bagi pengguna yang gemar merakam gambar, pastinya telefon pintar edisi ini tidak mengecewakan apabila hadir dengan tiga kamera utama dan kelebihan 32 megapiksel kamera hadapan yang memberi hasil rakaman sempurna seperti profesional.

Selain itu, S1 turut dilengkapi beberapa mod swafoto seperti AI Face Beauty, Selfie Frontlight, pelekat AR Stickers, AI Filter, dan lain-lain yang pastinya memberi keseronokan setiap kali berswafoto.